Jalan-Jalan : Apa yang boleh dipelajari di Pusat Sains Negara? { #1 }


we tot la banyak sangat yang boleh dipelajari di Pusat Sains Negara nie... segala jenis sains, segala jenis pengetahuan semuanya ada, sampai tak terhadam semua yang kami dapat disana.. terus terang, satu hari pun tak cukup! tapi larat ke nak jalan disana satu hari tu.. so kalau tak larat jalan 2-3 kali setahun pun ok dah.. sebabnya tiketnye murah, cuma kene arrange-kan transport sendiri sahaja..

via PSN








dan 25 tahun beroperasi.. baru pertama kali mama tot sampai.. {hoho~}

pintu masuk utama

Pusat Sains Negara (PSN) ni bukan sahaja sesuai untuk belajar sahaja sebenarnya, bawak anak - anak enjoy kat sane macam pegi taman tema pun boleh..

sebabnya...


- ada Galeri dan Pameran yang tetap dan juga yang ikut musim, contoh yang kami pegi tu ada pameran Star Wars dan sports&spinach, pameran Star Wars nie dah berlangsung ke seluruh dunia.. lepas Malaysia akan ke tempat lain pula.. 

- ada taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland yang terletak di luar bangunan utama. 


- ada jugak akuarium air tawar.. konsepnya ade la sedikit macam Aquaria, tapi pendek jea, selain konsep terowong tu, ade akuarium yang kite boleh sentuh.. maksudnya boleh la kasi anak-anak kite celup tangan dan rasa macam mana celup akuarium tanpa kene marah dan kite boleh sesambil tu ajar mereka jenis-jenis ikan yang ada, kenapa ikan dalam air dan macam -macam lagi..

dan yang kami tak sempat nak pegi (kene repeat lagi nie...)
- Herbal Garden.. 
- Aquatic life
- aktiviti arena
- water plaza (sini boleh mandi.. pastikan bawak baju mandi anak kalau nak abiskan lawatan kat sini)
- interactive zone
- subterranean journey
- pre historic garden

 punyalah banyak tempat lawatannya kan.. itu tak termasuk tempat lawatan dalam bangunan, yang mana kami sampai surrender tengah hari tu.. tak larat nak berjalan dah.... bayangkan bahagian dalam sahaja dah ambil setengah hari.. jadinya mesti kene datang dua tiga kali untuk habiskan keselurhan tempat kan..

cerita pasal datang banyak kali, pasti ada yang tertanya berapa bayaran masuk die..

inilah harganya, ok sangat kan...

Kategori
Harga (RM)
Dewasa6.00
Kanak-kanak (6-12 tahun) dan Warga Emas (55 tahun keatas)
3.00
* Kumpulan Murid Sekolah Rendah (termasuk Guru)
2.00
* Kumpulan Murid Sekolah Menengah (termasuk Guru)
3.00
* Kumpulan Dewasa (minima 10 orang)5.00

via PSN

dan waktu operasi ialah dari 9 pagi hingga 5 petang, waktu bekerja,

***

pengalaman kami disana, kami adalah antara mereka yang awal melangkah masuk ketika pintu utama dibuka.. kami sengaja pilih untuk pergi pada hari biasa dan pergi pada waktu pagi, memang best.. tak ramai orang dan puas budak - budak nie nak explore bahan pameran...

Nurdini yang excited tengok ikan yang dipanggilnya 'pish'

cuma waktu tu kami sahaja orang tempatan, yang lain semua mat salleh dari pelbagai negara datang bawak anak, ada yang dah siap pakai swimming suit.. lepas kami tahu yang ada tempat mandi di luar, baru kami paham, kenape la die pakaikan anaknya swimming suit ke PSN.. 

Nurdini yang masih excited tengok ikan.. tapi dalam masa yang sama takut.. 

lepas melalui terowong akuarium tu.. nanti kita kan masuk ke dunia air, udara dan cahaya... 


salah satu alat pameran.. iaitu alat penimbang air dalam badan.. boleh la timbang berat sekali.. {hoho~}



jangan kata budak - budak, bapak budak pun gembira...




selesai bahagian wonderspark nie.. kami ke laluan alam sains.. kat sini banyak betul yang boleh kita belajar.. untuk Iman Hazim dan Nurdini yang sekecil tu pun, banyak yang kami terangkan berdasarkan peralatan pameran disitu...

buat ape tu anak dara....

senang betul nak terangkan mane makanan yang dimakan tu pegi.. 2-3 kali jugak kami ulang untuk pahamkan Iman Hazim... 


alat untuk cuba angkat diri sendiri...


lihat sambungan... {#2}


1 comment:

Instagram