Dekorasi : Cover kerusi yang sudah lama



we tot la...  mesti ade yang ada kerusi lama yang dah tak berape nak cantik rupanya.. dan rasa macam nak beli yang baru sebab corak cover nye yang outdated... jangan beli baru lagi.. cuba lihat apa yang kami nak kongsikan nie yea... 

Bench Stool kami ni dah berkhidmat lebih dari 10 tahun.. beli dulu pada harga RM99 di Homelife belakang Ampang Point, rasanya dah takde dah disitu.. waktu tu harga offer yang dapat tu.. rasenyer yang asal RM199.. dan harga tu rasanya masih lagi sama sehingga kini..

Stool nie dah bertukar rupa tak ingat dah berapa kali dah.. kerana setiap kali kami akan tukar mengikut flow dekorasi rumah.. dan yang terbaru nie rupanya "merahnya mak ngah"... sebabnya kami guna lebihan kain cover wall of fame pada dinding tu.. 

masalahnya pada kain nya yang jenis baldu dan kami rasa leceh pulak nak maintain kain tu.. dengan habuknya.. dan dengan kesan tapak kaki dan tangan anak - anak bercop atas tu.. dan dah mula nampak haus, kesan baldu tu dan tertanggal bila selalu duduk atasnya..

lalu kami putuskan untuk stool nie bertukar rupa sekali lagi.. apapun masih lagi dengan menggunakan lebihan kain yang ada... 

dan sebelum itu.. ini la rupa cover kain baldu yang dah berkhidmat selama setahun lebih.. 


Kisah kainnya.. kali ni saja cari kain jenis ruffle sebab kami minat betul dengan ruffle sejak selalu ternampak di internet.. berkenan tengok.. jadi kami pun pastikan kali ni, nak cari yang ade ruffle sahaja.. 

kami dapat beli di Kamdar cawangan Midvalley pada harga RM18.90 semeter.. separuh kain kami guna sebagai alas meja.. dan separuh lagi jadi cover stool ni..

jenis kain yang kami pilih nie stretchable . ringan dan tang pemilihan warnanya.. kali ni memang macam mana pun takde dah tanda kotoran atas tu.. dan jenis kain nya yang nipis dan ringan tu memudahkan kami nak bersihkan nanti...


Penyediaan alat - alat nya... 

staple gun - untuk lekatkan kain pada papan bawah 

screwdriver - untuk buka dan pasang semula skru papan bawah

gunting -  untuk menggunting kain pada saiz yang dimahukan


cara - caranya...

buka skru dan keluarkan papan tempat duduk...


balutkan papan tempat duduk dengan kain yang sudah dipotong.. kami terus balut kain baru pada yang lama selepas dibersihkan sebab lagi tebal kainnya.. lagi sedap duduk nanti...


lekatkan dengan staple di sekeliling papan tempat duduk dengan kain ruffle.. 

  
pastikan tiada yang tertinggal.. staple banyak - banyak dan rapat - rapat lagi bagus.. supaya nampak lebih kemas..


akhir sekali, skrukan semula papan tempat duduk.. 


kos terlibat hanya RM9.45 sahaja.. kerana barang lain sudah sedia ada.. 


lebihan kain tu.. mama tot jadikan throw pada sofa.. 


kelebihan meletakkan throw pada sofa ialah supaya tak cepat kotor bahagian yang kita selalu bersandar tu.. sebabnya kalau selalu digunakan sebagai alas akan cepat lusuh throw tu.. tapi yang bagusnya throw tu bole  ganti selalu..



selain bagi Bench Stool, teknik ini boleh juga gunakan pada kerusi meja makan.. beli sahaja kain yang mempunyai corak yang cantik dan colour pallete nya sama dengan hiasan rumah anda.. kami tak suka limitkan pilihan dengan hanya menggunakan kain yang tebal yang khas untuk langsir sebagai cover kerusi.. gunakan apa jua jenis kain asalkan cantik dan senang nak bersihkan.. dan yang penting harga berpatutan.. 

semoga perkongsian kami ini memberi idea bagi dekorasi rumah anda.



Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram