Deko : Ribbon Hanger


we tot la.. pasti ramai yang ade simpan stok reben dalam kuantiti yang banyak dan selain simpan dalam kotak atau laci, masih fikirkan solution lain untuk simpan reben - reben yang semakin banyak tu..  ye la bagi kita yang suke dekorasi nie.. mesti sentiasa cari stok reben yang cantik, comel untuk dijadikan pilihan.. dan sedar tak sedar, semakin lama semakin penuh kotak atau laci yang menyimpan reben nie.. 

yang tak seronoknya bila disimpan bertindih memang tak nampak.. ape yang ada diatas, bawahnya ape ya.. maka kene keluarkan semua.. lecehnya.. lagi - lagi bila yang nak digunakan tu satu jea.. habis satu kotak dilambakkan..

bagi rakan - rakan, kalau perasan la.. kami penah post kan gamba tentang hanger reben nie di Facebook page Tot Bake and Design. ini salah satu cara yang best untuk menyimpan reben, sebabnya.. boleh nampak semua reben dan dalam masa yang sama.. menjimatkan ruang.. 


sebenarnya papa tot ade jugak buat buat tempat gantung reben kat bilik baking kami.. tapi sebab talinya agak panjang jadi bile dah habis reben terutama di bahagian tengah, memang tak bertukar la rebennya... dan kadang - kadang tu bile nak amik reben yang lain.. sebab kedudukan antara reben ini terlalu rapat.. reben lain pun terurai sama.. jadi sentiasa dok fikirkan alternatif lain menyimpan reben yang memudahkan.. 

tengoklah serabai jer kan... sebab kekadang tu untuk satu projek tu pakai sampai 2-3 jenis reben berlainan.. jadi tarik sane tarik sini.. habiss..

Bile beli stok reben yang baru, dah rase malas nak gantungkan di tali tu.. jadi kumpulkan satu tempat.. tak tersusun langsung!

dan tengoklah.. abis satu reben mama tot tarik sampai bergulung - gulung..

ini kes nak tengok tv sambil buat keje, dan malas nak potong sikit - sikit...


close-up sikit tempat gantung nie.. waaa.. teruknyaa! yang dah habis pun tak bertukar ganti.. 


umpama matahari menyinar bila kami jumpe hanger bertingkat nie di HouzDepot pada harga RM26.90.. memang tak tersangka.. 

waktu kat kedai tu lagi dah terbayang macam mana rupe reben - reben yang banyak dan bersepah - sepah di rumah tu akan tersusun rapi jer..  dan bila nak guna pun senang.. bole bawak semua nie depan TV.. potong mane yang nak jea.. dan lepas tu boleh simpan balik.. wahh indahnyaaaa!!!


maka operasi reben - reben berpindah ke tempat baru pun bermula... 

mula - mula turunkan dulu tali tu.. 


dan TADAAAAAA! 

siap dah...

ok tak.. nie baru sebahagian jea reben.. haha.. nnti kene p beli lagi satu... suke suke suke sukeee sangat! lepas nie boleh la tambah lagi koleksi reben yang comel - comel... 
dan kalau dah tak cukup tempat.. beli lagi hanger bertingkat nie.. 



sampah sarap yang terkumpul selama kini.. 


pada yang berminat nak beli.. bole ke klik ke HouzDepot nie.. boleh beli online, lepas nie boleh display reben yang banyak - banyak tu di dalam art room atau baking room anda.. 



No comments:

Post a Comment

Instagram