Fotografi: Tip Natural Light Gambar Potret.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

we tot la... kalau di FB page kami.. mesti ramai yang perasan.. mama tot suka sangat mengambil gambar potret anak - anak...



tak tahu kenapa.. tapi memang sukakan sangat gambar yang menunjukkan mata yang bercahaya.. raut wajah yang jelas.. dan ekspresi muka waktu gambar di ambil...



ini contoh terbaru yang mama tot baru ambil..  anak dara Nurdini yang sekarang suka bertocang dua.. 






kalau perasan juga.. mama tot sangat sukakan natural light... sangat sangat suka.. dan kalau lihat gambar - gambar kek mama tot di akaun Flickr .. semuanya mesti gunakan natural light.. kecuali ketika keadaan terdesak iaitu ambil gambar diwaktu malam... terpaksalah guna lampu...


mendapatkan natural light yang bagus untuk gambar potret, konsepnya agak senang difahami, cuma tempat untuk mendapatkan cahaya yang sempurna itu agak mencabar.. tapi bila kita dah tahu bagaimana caranya, pasti senang...



selalunya tempat yang bagus ialah tempat yang banyak terdedah pada cahaya matahari.. dan pada kami dirumah kami, pastinya beranda... kalau nak mencuba buat pertama kali.. samada di porch rumah atau bawa sahaja anak- anak ke taman permainan.. mulakan mengambil gambar dari situ... 



tip - tip yang kami ingin kongsikan berkenaan gambar potret bedasarkan pengalaman kami...



Pilih subjek yang menarik.. 
pada kami sudah tentu anak - anak kami.. terutama ketika mereka sedang bermain.

latar belakang yang kosong..
ini kerana kalau latar belakangnya penuh dengan barang.. subjek kita tak akan menonjol...

dan jika tak dapat latar belakang yang kosong..
besarkan aperture... dan bagi penggunaan kamera, besar maknanya nombor yang paling kecil.. jika lens kami iaitu Nikon prime 50mm, f/1.8 adalah yang terbesar.. kerana aperture yang besar akan blurkan latar belakang, jadi subjek akan tetap menonjol....

dan bila mengambil gambar.. selalunya kami akan fokuskan pada mata atau muka.. dan keliling subjek itu akan jadi blur... 

pilih cahaya yang bagus...
bagi potret.. seeloknya cahaya itu datang dari satu bahagian.. jadi bahagian sebelahnya akan jadi gelap sedikit.. 

contohnya gambar ini.. 



cahaya yang bagus ini bukan cahaya matahari yang terus yea.. sebab kalau terdedah pada cahaya matahari yang terlalu terang akan menampakkan apa yang kurang sempurna pada subjek, contoh jerawat, kulit yang tidak sekata dan memberi bayang yang tak cantik untuk gambar...

dan akhir sekali ialah 

proses editing gambar
ketika mengedit gambar seperti menambah pencahayaan, tambahkan vignette pada gambar.. ini bagi menggelapkan lagi latar belakang dan menonjolkan subjek.. 

jadi itu lah antara faktor - faktor yang kami ambil kira ketika mengambil gambar potret anak - anak menggunakan Natural Light...

semoga perkongsian kami ini dapat membantu... jadikan cuti sekolah masa untuk mengambil gambar anak - anak kita yang gembira dengan percutian mereka...




Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram