jjcm : Restoran Arab Qasar Saba

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

we tot la... ramai juga yang suke sangat makan makanan arab nie..  betul tak...

kami sekeluarga memang penggemar menu Arab nie.. dari AliBaba depan Great Eastern Mall (sekarang dah pindah ke area Ampang Point, Al-Rawsha di Jalan Ampang (pun dah pindah ke bulatan kampung pandang),  Tarbush di Ampang Point, Labib di MRR2 dan banyak lagi kami dah cuba.. kesimpulan yang kami dapat, ade restoran yang sedap dan mahal.. ade yang murah dan sedap.. dan ade yang tak sedap dan mahal dan macam - macam lagi.. 

kali nie kami nak perkenalkan restoran yang murah dah sedap mengikut pandangan kami.. restoran nie memang dah jadi pilihan utama kami kalau nak makan menu Arab.. selain kerana kualiti makanan dan harga yang berpatutan, restoran nie pun lokasinya dekat sangat dengan area umah kami.. 

Restoran Qasar Saba nie terletak berdekatan dengan Ong Tai Kim Gombak, iaitu bangunan baru barisan belakang Ong Tai Kim, mudah nak cari kan... tapi sederet dengan restoran nie, ade lagi due restoran Arab iaitu  Restoran Khan Baba dan Restoran Rawani Hadramout.. Qasar Saba terletak di Corner Lot... 


Kisahnya kami mencuba Restoran Qasar Saba nie, kebetulan jea tergerak nak cuba tempat nie.. sebab masa lalu di Restoran tu, kami nampak ramai betul orang Arab datang makan sejak dibuka.. assumption kami bila ramai orang Arab datang makan kat  situ, kira sedap dan murah la.. sebab disitu ada lagi 2 restoran  Arab yang mereka bole pegi.. tapi kebanyakkan mereka pilih untuk 'berkampung' kat sini..




kisahnya mase memule kami mencuba Restoran nie.. bila kami tengok harga makanan.. terkejut jugak sebab tak mahal seperti yang disangka.. agak berpatutan jugak.... sebabnye kami pernah ke tempat yang mahal meletup walaupun rupa paras restoran sangat biasa - biasa.. 

kami mencuba menu yang agak popular bila ke Restoran Arab iaitu Chicken Mandy dan Lamb Kabsa.. 

Pada pendapat kami, nasi mandy die memang sedap! kalo perasan tengok jenis nasi die pun lain - lain rupanya.. 

sos dalam piring kecik tu.. sos tu memang best.. macam cili api yang dikisar dengan tomato, setiap kali kami makan mandy atau kabsa, mesti mintak tambah sos tu.. dan yang bestnya die tak caj extra pun.. yang menyedapkan sos tu rasanya sebab ade cili api dalam tu.. jadi pedas betul.. pendek kata memang terbaiklah!

Chicken Mandy
lamb kabsa kat sini mesti cuba yea.. daging kambing tu sangat lembut dan enak.. sampaikan rase macam tulang pun bole kunyah.. yang best sekali, lemak die pun ade lagi walaupun dah dikukus berjam - jam dan bile kunyah kene part yang lemak tu.. perghhh..haha.. tapi tak boleh makan selalu nie.. boleh mendorong kepada penambahan lemak di badan.. 

Lamb Kabsa

gamba seterusnya ni mase datang dan bawa adik dan wifenya.. rupanya mereka pertama kali makan di Restoran Arab di Malaysia dan kami suggest la supaya mencuba menu yang nampak menarik, mereka cuba Chicken Kebab ngan Hummus with Lamb dan Qasar Saba Masoob.. 

adik mama tot kerja kapal so pernah la cuba makanan Arab di tempat asalnya.. mase menyuap makanan tu tak habis - habis memuji Hummus disini.. katanye sedap giler.. 

kebab nie kami penah order versi kambing.. perggh kesedapan die jangan cakap .. 

Chicken Kebab
Hummus with Lamb nie datang sekali ngan roti die.. highly recommended!
Hummus with Lamb
Qasar Saba Masoob nie katergori dessert.. campuran roti ngan susu ngan pisang.. penah ode kat satu kedai Arab lain dulu.. mak ai die nyer manis macam makan gula. mmg tak abis.. 
tapi yang nie.. haha.. mmg meletup betul.. tak manis dan sedap sangat.. 

dan ade satu lagi dessert berasaskan kurma dan roti.. tak ingat ape namenyer.. bagi ibu yang menyusukan badan boleh cuba.. sebab dengan mama tot memang serasi.. bila makan tu.. melimpah ruah susu.. tapi pengambilan ini ada syaratnya iaitu memang ade dah konsep demand dan supply yea.. kiranya kita memang menyusukan anak secara tetap dan kerap.. jangan nanti ingat boleh jadi milk booster macam tu sahaja.. tak.. ianya menolong pengeluaran susu dalam kuantiti yang lebih banyak dari biasa.. 

sampai kadang tu takut nak makan sebab sampai bengkak.... cubalah yea bagi yang ingin meningkatkan kuantiti pengeluaran susu.. 

Qasar Saba Masoob

bagi yang berminat nak mencuba..

lokasi seperti yang dimaklumkan, Restoran Qasar saba ini terletak di belakang Ong Tai Kim Gombak.. kalo dari Ong Tai Kim jalan kaki menyusur ke belakang jer.. memang akan jumpe.. sebab kedai die tepi sekali.. 

waktu beroperasi : Sabtu hingga Khamis : 12 tengah hari - 12 tengah malam | Jumaat : 2 petang - 12 tengah malam
GPS : 3.211670, 101.711328

Mr. Waleed 0102814037

peta lokasi



No comments:

Post a Comment

Instagram