Jalan-Jalan : Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor.


we tot la.. mesti ramai yang pegi bercuti di tempat yang menarik waktu cuti sekolah nie.. kami pun tak terlepas.. cuma percutian kali ini, kami memilih untuk ke Pulau Pangkor, Perak.

disebabkan kesibukkan papa tot bekerja, selalunya kalau ada plan nak mandi laut.. kami akan ke Port Dickson sahaja. sebab dekat kalau dari KL nie dan rasanya dan senang nak bawak barang - barang kami sekeluarga yang sebeban banyaknya... 

kali ini kami pecah tradisi.. bercuti di Pulau Pangkor.. dan ini pengalaman pertama kami sebenarnya ke sana..  pernah sampai pun ke Lumut sahaja.. itu pun dah lama.. waktu awal perkahwinan.. 

perjalanan ke Lumut dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3-4 jam sahaja melalui Lebuhraya Utara Selatan. Sampainya di kawasan Jeti tu, boleh park kereta di Medan Letak Kereta Bertingkat satu kemudahan yang disediakan pada pengunjung yang ingin ke Pulau Pangkor.. bayaran dikenakan ialah RM10 sehari.

Ambil tiket di situ dan boleh terus mencari parking, lepas tu boleh ke Jeti dan beli tiket.. harga tambang Feri ialah RM10 pegi balik, ingat untuk simpan keratan tiket itu untuk digunakan waktu pulang.. 

Kami sempat menjamu selera di medan selera kawasan Medan bas tu dan selepas tu dalam perjalanan ke Jeti, kami disapa oleh travel ejen yang membawa kami ke ofis mereka dan memberikan kami pakej - pakej menarik. Kami memilih untuk Teluk Dalam Resort kerana disitu salah satu pusat peranginan di pulau itu mempunyai kawasan pantainya sendiri.. dan harganya agak murah berbanding yang lain.

Selesai menjamu selera tengah hari, waktu menaiki feri sudah sampai... kami pun bertolak.. seronok jugak dalam feri tu, berhawa dingin, mereka tak ambil penumpang melebihi kuota jadi mesti dapat tempat duduk.. tapi masih ada yang memilih untuk berdiri sambil melihat pemandangan diluar.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.. 
  

sampainya kami disana, terus kami mengambil teksi, kami diberitahu sebelum itu yang harga teksi untuk ke tempat kami biasanya tinggi sedikit iaitu lebih kurang dalam RM25 ke atas, tapi tuan teksi tu hanya caj kami RM15 sahaja.. Alhamdulillah...

perjalanan ke resort kami tu adalah dalam 10 minit.. dekat jea rupanya yea...


anak - anak kami tak pernah naik van dan bukak tingkap seluas - luasnya.. jadi waktu nie seronok betul mereka.. ye la zaman mak dan paknya.. memang itu yang kite tunggu - tunggu waktu naik kereta.. nak bukak tingkap luas - luas dan rasakan angin yang kuat itu...


sampainya kami disana terus mendaftar.. waktu nie dah letih.. bukan letih ape.. letih kekenyangan sebab baru lepas makan tadi sebelum bertolak, ditambah dengan cuaca panas di Pulau tu dan angin yang kuat dalam Van tu.. jadikan kami dah tak sabar nak freshening up kat bilik.. 



inilah teluk dalam Resort, yang berkonsepkan Chalet.. yang seperti kami tinggal ini di panggil Melati Chalet Garden View, biliknya berharga RM230 semalam, dan termasuk buffet sarapan pagi.


dan ini adalah pemandangan di dalam bilik.. pada kami cantik.. cuma agak panas, dan bila pasang penghawa dingin.. dalam 15 minit tu masih tak terasa sejuknya.. kene tunggu lama sikit..  dan keadaan chalet die agak usang.. namun biliknya bersih.. sangat bersih.. 



kami solat dan lepak dulu dalam bilik.. sediakan ape yang patut.. bila nampak diluar dah tak panas mana.. apelagi.. kami pun bergegas ke pantai.. nak berendam dan main air, pasir dengan budak - budak nie.. 

pantainya bersih.. pasirnya putih.. dan betul kawasan kami ini tak ramai orang sangat.. hanya bagi yang menginap disitu yang datang bermandi manda.. jadi boleh mama dan papa tot lupa diri sekejap.. berendam macam budak - budak.. seronok sangat sebab lama dah tak mandi pantai.. 


bila dah nampak budak - budak nie macam dah puas sangat.. kami pun beransur pulang ke bilik.. lepak - lepak dan petang tu kami keluar untuk jalan - jalan sekitar Resort dan masa untuk makan malam...


waktu ini kami pun dah lapar sangat.. eloklah tu, buffet makan malam pun dah dibuka.. kami terus membayar dan mula menjamu selera. malam itu rupanya ade BBQ.. memang best.. boleh tahan kami menjamu selera lagi - lagi ade BBQ hasil tangkapan laut, kambing dan sosej. 

 pilihan makananya pun banyak.. puas hati.. dan rasanya ini adalah tarikan Resort ini.. walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan tempat tinggal, servis dan macam macam lagi..  tapi tetapi mereka akan memuji tentang makanan disini.. termasuklah kami.. 



selesai menjamu selera kami pun pulang.. dan keesokan harinya kami bersarapan dan terus check out.. sebenarnya kami plan nak stay 2-3 hari sini.. tapi kami tukar fikiran dan terus pulang keesokkan harinya.. 

dalam perjalanan pulang kami teksi yang ini tak lalu laluan yang sama seperti waktu kami pergi itu.. dan kami nampak rupanya banyak lagi tempat yang menarik di kawasan Pasir Bogak.. 

dan lepas pulang tu sambil meletakkan review di Trip Advisor, kami terjumpa satu guesthouse yang boleh tahan menariknya.. yang rasanya harus dicuba.. kenapa nak dicuba.. sebab rating yang teringgi hasil undian 156 orang yang telah menginap disitu.. sampaikan dapat award... 

tempat yang kami maksudkan ini ialah Nipah Guesthouse yang terletak di Teluk Nipah.. 

nampak best kan..


yang ini di panggil A-Frame Cottage.. sewanya bermula dari RM120 sahaja.. 

ok kan.. bagi yang dah menginap disini, ape pendapat anda.. 

No comments:

Post a Comment

Instagram