Jerubu...

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


we tot la, dah lama betul tak kene Jerubu atau Jerebu yang teruk macam nie.. last tahun 2006 rasanya.. dah dalam waktu tu ade juga kadang - kadang jerubu biasa biasa sahaja..

cuma kali ini dah macam kat Genting waktu berkabus tu.. dan yang tak bagusnya kabus ini kabus pencemaran...

gambar ini diambil 2 hari lepas.. dan ketika itu bacaan index IPU yang di ambil di website APIMS di Kuala Lumpur ialah 189 yang mana bacaannya tidak sihat...

kebetulan kami nak ke suatu tempat pada ketika ini, terkejut juga tengok keadaan di Kuala Lumpur ketika ini..

patutpun esoknya diistiharkan sekolah cuti.. tak boleh bayangkan kalau masih berlarutan dan budak-budak sekolah dok menghirup udara tercemar ini..


dan kalau nak tahu gambar apa yang kami cuba rakamkan dalam gambar di atas tu, kami cuba ambil gambar  bangunan KLCC yang langsung tak nampak dari Flyover Jalan Tun Razak ini...

Alamdulillah semalam ada hujan renyai-renyai pada waktu senja, tak sampai setengah jam tapi nampak yang langit dah clear sedikit dan pagi nie bacaan pun dah turun ke 89 jerubu pun dah berkurangan..

namun kita masih tak tahu bagaimana keadaan esok, samada berkurangan atau semakin teruk..

dan yang penting bagi anak - anak kita dipakaikan mask n95 ketika keluar dari rumah dan kalau tak perlu mungkin boleh buat aktiviti dalam rumah atau berjalan ke tempat yang berada didalam bangunan.

disini kami ingin kongsikan link yang mungkin membantu untuk mengetahui serba sedikit tentang apa yang patut dilakukan jika jerubu bertambah teruk dan di mana untuk melihat dan mengetahui status index pencemaran udara IPU di tempat kita.

check index IPU : sini
apakah itu Jerubu: sini dan sini
n95 mask : sini






No comments:

Post a Comment

Instagram