Resepi : Mee Kari yang pasti nak lagi!


we tot la.. mesti ramai yang suka makan mee kari.. dan mesti juga ada kedai yang menjual mee kari yang meletup sampaikan kita kalau terfikir nak makan, mesti nak beli disitu...

kami suka mee kari yang di jual di Gerai tepi Taman Ibukota berdekatan Uptown Danau Kota... gerai tu sampai dapat anugerah kedai harga patut.. mana taknya.. sepinggan mee kari hanya RM3.00 sahaja.. portion banyak pulak tu.. dan yang pastinya sedap dan menepati selera ratusan pelanggan yang memenuhi gerainya setiap hari..

tapi entry kali ini bukan tentang gerai tu.. cuma nak cerita tentang mee kari.. dan nak berkongsi resepi yang enak yang dicuba dari perkongsian Kak Hanieliza.. 

dan kelebihan buat sendiri nie.. tang lauk pauknyer memang penuh semangkuk.. maklumlah ikut selera sendirilah katakan..

yang nie pun saya copy+paste dari fotopages kak Hanieliza yea..








1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah

1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin

2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

 






1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.

2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.

3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.



Mee kari ini memang menepati selera kami.. sampaikan seluruh keluarga kami sukakannya.. 

Puas hati sangat - sangat dengan mesti mahu kongsi dengan rakan - rakan, mana tau ada yang plan nak buat mee kari minggu ini...

selamat mencuba yea!


23 comments:

  1. assalamualaikum tot, erm tauhu yg digunakan tu jenis apa ek? saya tengok lain dr yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam,

      kami gunakan tauhu goreng yang beli di pasaraya Mymydin.. tak ingat brand apa, rasanya mungkin sebab dah mengecut nampak lain.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Tot, saya ibrahim bujang 21 tahun ha baru nak try masak mee kari, tgok gambar pun memang power, hehe terima kasih share resipi ni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkusalam..

      macam mana dik.. menjadi tak :)

      Delete
  3. Assalamualaikum...Guna rempah brand apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Ada banyak brand yang kami cuba sebenarnya, tapi untuk kami yang paling sedap Rempah Kari Babas.

      Delete
  4. Salam.. nak tanya.. yg ni portion utk brape org ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      untuk 4 orang sekali hidang rasanya..

      tapi untuk family kami mengulang makan sampai ke malam, just nice jea..

      Delete
  5. Assalamualaikum dtg nk merompak resepi kari..almaklum le dkt nk bln pose..tekak ni nk mkn mcm2...ekceli resepi ni menarik sgt..mohon share ye..tq:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan.. saya pun share dari Puan Guru Chef Hanieliza.. sedap tau.. cubalah yea.. :)

      Delete
  6. Nak cuba untuk menu berbuka. Tp tak cukup bahan. Kena tunggu next shopping list la.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba ke, macam mana? menjadi tak.. :)

      Delete
  7. Saya pun nak cuba utk juadah rumah terbuka. Terima kasih share resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana lambat reply.. terima kasih kerana mencuba.. macam mana.. jadi tak :D

      Delete
  8. Salam. Mi kari memang letak serai dan lengkuas ya? Saya nak cuba buat esok menggunakan resipi ini. Tq@ :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam,

      saya pun tak pasti memang letak ke tak.. tapi dengan kombinasi semua nie memang jadi feberet kami sekeluarga.. sis dah cuba ke? bagaimana yea.. ok tak.. :D

      Delete
  9. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba ke.. bagaimana yea.. :)

      Delete
  10. sedapnyee..Nampak menarik nti boleh try :)

    http://www.diyanaasraf.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try nanti jangan lupa kongsikan yea.. :D

      Delete

Instagram