Fotografi : Ahlan Wa Sahlan Aqilah Bee



we tot la.. nak share kegembiraan kami sekeluarga dengan kedatangan orang baru... 


selamat datang baby Aqilah Bee.. 


ini bukan baby kami.. tapi baby rakan baik kami yang sudah seperti keluarga sendiri... 


asalnya kami nak terus datang melawat lepas mengetahui kelahiran si comel ini.. 

tapi kami sekeluarga demam lepas sorang demi sorang.. jadi kami semua terpaksalah tunggu sihat betul barulah boleh pergi tengok baby... 




apapun geramnyaa tengok kan... chubby betul... waktu melawat nie Aqilah Bee baru berumur 15 hari.. lebih kurang 2 minggu... 



gambar bayi.. kalau tak di ambil secara berterusan dalam masa membesar.. memang rugi rasanya.. sebab nanti.. tau tau sahaja dah membesar.. 


kami memang suka sangat mengambil gambar bayi.. sekarang pun tengah mengerjakan Photobook untuk dihantar print.. dalam membuatnya tu.. bila di kumpulkan beribu jugak gambar yang telah diambil untuk kedua - dua anak kami.. hehe.. tido menonggeng pun mesti nak ambil.. maklumlah semua itu kenangan kan.. 


jadi kebetulan melawat nie, sajalah kami nak ambil gambar anak dara comel nie.. lame betul dah tak ambil gambar baby... 

kesemua gambar yang diambil ini menggunakan natural light... seperti biasa, kesukaan kami... cahaya yang sangat membantu dalam penghasilan gambar yang akan nampak 'hidup'... 

kami menggunakan cahaya yang samar dari arah pintu dan tingkap.. kerana kami memang nak cahaya yang tidak terlalu terang sangat.. cukup sekadar 'soft light'...




dan untuk kamera, kami menggunakan lens prime kerana ingin mendapatkan gambar potret... 


bila melihat banyaknya gambar yang telah kami ambil selama bertahun - tahun itu, maka kami ingin berkongsi beberapa tips dalam mengambil gambar bayi, 
  • cuba ambil gambar bayi ketika mereka berkerut, tersenyum, atau mengeliat.. ini kerana aksi - aksi itu akan menjadikan gambar itu lebih menarik kerana ada 'cerita' nya... namun ini akan mengambil sedikit masa dan kesabaran yang tinggi...  

  • pastikan anda sediakan kamera berdekatan, terutama dalam waktu berpantang tu.. kerana bila nampak sahaja baby senyum atau menggeliat jea.. boleh cepat - cepat snap, priceless tu...

  • jika ingin mengambil gambar potret.. gunakan lens prime dan natural light.. rendahkan speed kepada 100, dan iso pastikan tak lebih dari 800, dan cuba tahan nafas sedikit yea.. dan jangan lupa aperture pastikan yang paling besar yea.. sebab kita nak belakangnya semua blur... bokeh.. gambar akan nampak lebih menarik dan lebih 'bernyawa'

  • dapatkan angle yang menarik.. samada dari tepi.. dari depan, atau dari bawah.. mana - mana angle yang menunjukkan keadaan baby.. kita nak tunjukkan apa yang kita nampak ketika itu, samada bayi sedang nyeyak tido.. kelihatan manja.. sebaiknya kita mengambil gambar dari jarak berhadapan dengannya... cuba samakan level kita dengannya...

  • cuba ambil gambar baby tanpa pakaian.. untuk tonjolkan kedutan pada kulitnya... bintik - bintik di dahi.. atau bulu roma yang ketara.. dan jadikannya hitam putih... memang nampak menarik.. 

  • ini adalah contoh gambar - gambar yang kami ambil ketika Nurdini berusia sebulan.. 



jadi itulah serba sedikit tips yang kami kongsikan.. kalau ikutkan banyak lagi.. semuanya bergantung pada apa yang kita ingin kongsikan didalam gambar tu.. apa yang kita ingin tonjolkan..

jadi baby Aqilah Bee.. nanti kita ambil gambar lagi yea... 

geram sungguh tengok sicomel lena selenanyaa....


waktu ini nak suruh Nurdini cium baby.... 


kata ibu Aqilah Bee... siang dan malam tidur jea.. dan tak bangun malam sangat.. bangun hanya bila dah nak subuh.. senanglah macam tu kan.. 

pengalaman kami.. dengan anak pertama Iman Hazim, memang.. tak sampai seminggu dah boleh adjust waktu tidurnya.. sebab siangnya kami kacau gomol sampai tak boleh tidur.. jadi malamnya.. tidur sampai ke Subuh.. jadi tak teruk sangat kami berjaga malam waktu tu... 

tapi bila anak kedua kami Nurdini Iman.. tak sama.. setiap malam akan bangun dalam pukul 2 -3 pagi.. dan disebabkan menyusu badan.. jadi bersengkang mata jugak untuk menyusukan.. maklumlah bahayakan ibu tertidur menyusukan bayi.. kami cuba juga untuk ubah.. mujur dalam umur sebulan lebih barulah rutin tidurnya bertukar sedikit.. tapi masih awal dari waktu subuh... dan kekal hingga kesekarang.. sebab tu bulan Ramadhan ini tak berapa nak susah bangun sahur.. ada tukang kejut... 

jadi itulah pengalaman kami bersama baby.. dan bila melihat baby nie.. hmm mulalah terasa nak ada baby lagi.. 


best betul bila lihat baby tidur kan.. 


jadi tentang gambar - gambar yang di ambil ini, selebihnya kami edit menggunakan Photoscape, cubalah download software ni.. free dan mudah sangat nak menggunakannya...

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Instagram