Resepi: Daging Masak Kong Boh


salam ramadhan kepada semua, Alhamdulillah dengan rezekiNya dapat kita bertemu sekali lagi dengan bulan yang membawa seribu rahmat...

we tot la.. kami inign mencuba untuk berkongsi menu yang mungkin menarik untuk menarik minat anak - anak bersahur atau juga sebagai menu special ketika berbuka.. kerana lauk berbuka selalunya sudah pasti akan menjadi lauk sahur juga kan...

ini resepi kesukaan si ayah dan anak bujang dalam rumah kami.. cuma kalau untuk si abang, akan diasingkan dahulu sedikit sebelum tambah cili.. nanti boleh la cuba yea mana tau untuk menarik minat si kecil bersahur...

bahan - bahannya


  • 200 gram daging lembu (nak sedap guna daging batang pinang) / atau daging ayam
  • 2 ulas bawang putih - di cincang
  • 2 ulas bawang merah - di cincang
  • 1/2 bawang besar - di dadukan
  • 1 inci halia - di hiris nipis
  • 3 batang cili kering - potong 3 setiap satu
  • kicap karamel / pekat
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1/2 kiub knorr lembu - pilihan
  • 1 sudu besar tepung jagung - di bancuh

cara - caranya

perapkan daging dengan kicap karamel, seeloknya dibiarkan semalaman dalam peti sejuk supaya meresap...

panaskan minyak dan tumis kesemua bawang sehingga naik bau...

masukkan daging yang di perap itu kedalam kuali dan biarkan lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan pula halia dan cili kering, jika penyediaan untuk si kecil, masukkan ketika sudah masak iaitu selepas diasingkan..

biarkan dalam 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak.. 

selepas itu masukkan kicap, sos tiram, dan kicap masin.. dan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sebati.... 

biarkan diatas dapur sehingga masak, dan pada waktu ini boleh tambahkan cili kering  dan kalau suka tambahkan 1/2 kiub knorr lembu sebagai penambah perasa...

hidangkan...

selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Instagram