Resepi : Lala Goreng Pedas



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



we tot la.. mesti ade penggemar masakan Lala kan.. ini termasuklah kami.. memang kegemaran kami berdua. untuk berbuka kalau ada hidangan ini.. memang membuka selera.. memang boleh habis nasi seperiuk!


 sekali sekala kita ke santapan Lala sedap juga kan... baiklah, masih sempat lagi untuk sediakan menu ini waktu berbuka.. maka, 

bahan - bahannyer...

1 peket / 1 kilo lala

bahan kisar

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 cawan cili giling
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3 batang serai - di potong kecil
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 keping daun limau purut - dipotong kasar
air + gula + garam - secukup rasa

cara - caranya...

mulakan dengan membasuh Lala sehingga bersih...

kemudian bolehlah dikisar bawang putih, bawang merah,  halia dan serbuk ketumbar.. 

tumis bahan kisar dan kemudian masukkan cili giling dan masak hingga naik bau.. 

selepas itu, masukkan semua sos dan daun limau purut dan biarkan hingga naik minyak..

masukkan sedikit air, garam dan gula (kami pakai gula merah) dan biarkan sehingga mendidih.. 

masak sehingga kuah agak pekat dan kemudian barulah masukkan Lala, gaulkan hingga sebati dan selepas itu masukkan serai..

tutup kuali dan biarkan lebih kurang 5 minit untuk Lala dan sos meresap dan bila di buka, kacau sampai sebati.. buka tutup kuali dan biarkan sehingga nampak pecah minyak, ianya sedia untuk di hidangkan...


selamat mencuba!
Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram