Resepi : Homemade Rempeyek



we tot la.. mesti dah ada yang sudah mula membuat kuih raya... nak kata awal lagi.. tak awal sangat kot.. boleh mula dah sebab kuih muih tu kan boleh disimpan di dalam balang.. lagi - lagi kalau branded macam Tupperware, mesti takde masalah... 


hari ini pun dah 9 Ramadhan, maka tinggal lagi 21 hari.. jadi tak lama pun kuih tu dalam balang.. lagipun kalau projek kuih ini dimulakan awal - awal, tak la nanti penghujung Ramadhan kita berhempas pulas pula nak siapkan kuih raya siang dan malam... 

jadi kali ini kami nak share sesuatu yang boleh disediakan seawal minggu ini untuk disimpan sehingga Syawal... tapi kalau dirumah kami tak sempat tunggu Syawal rasanya..

ini versi orang Jawa, diajar oleh pembantu rumah saya dahulu... pada kami.. sangat sedap... rangup sangat.. sebab kami tak berapa nak suka kalau tak nipis dan rangup... maka yang ini sangat menepati citarasa kami...

dan cara membuatnya..sangat mudah.. simple dan cepat.. itu yang kita kan... yang mana tidak ambil masa yang lama.. dan mudah pula nak menyediakannya...






1 peket tepung beras cap gajah - 500 gram
2 cawan kacang tanah - potong dua atau lebih kecil sebab lagi sedap... 
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukupnya

bahan kisar
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
daun limau - di potong kecil dan nipis
air secukupnya - untuk memastikan adunan menjadi cair.















jemur kacang di tengah panas 

atau  

boleh juga panaskan dalam oven pada suhu 80'C supaya jadi garing.. 




kisar bawang putih dengan buah keras.. 




kemudian masukkan tepung, serbuk ketumbar dan daun limau yang di potong halus 





















selepas itu masukkan garam...




tuangkan bahan yang dikisar tadi...






















dan juga pecahkan telur...
























barulah masukkan sedikit air sambil adunan di kacau sebati..

dalam pada itu cuba hilangkan ketulan - ketulan tepung di dalam adunan...




















masukkan lagi air sehingga cair.. anggaran lebih kurang dua cawan... 


proses menggoreng...





amik sesudu adunan dan tuangkan sedikit kacang ke dalamnya...























kemudian terus tuangkan ke sisi kuali secara memanjang ketepi.. 


adunan yang cair itu akan turun ke bahagian minyak jadi rempeyek berbentuk bulat akan terhasil.




















ulangi proses  itu sehingga seluruh sisi kuali penuh..




















sambil tu siramkan minyak panas pada rempeyek yang masih melekat di sisi kuali, dan adunan akan mengelupas dari kuali...

alihkan ke tengah untuk di goreng sampai masak...

















pastikan minyak dah turun semua ketika dikeluarkan dari kuali dan letakkan dalam bekas yang berisi tisu untuk menyerap lebihan minyak...

masukkan dalam bekas kedap udara.. dan boleh disimpan rangup sehingga Raya..

selamat mencuba!

Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram