Dekorasi : Multipurpose Cabinet menjadi Almari Baju


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



we tot la... lagi beberapa hari kita nak raya... mesti ramai yang tengah sibuk spring cleaning rumah tu kan, samada rumah sendiri atau rumah dikampung.. dalam mengemas tu pasti ada yang nak ditambah, dan ada yang nak dibuang.. dan ada jugak tak tahu nak letak mana... maklumlah masih elok cuma jarang nak digunakan... 


jadi kami nak share pengalaman kami menukar multipurpose cabinet menjadi almari baju lama... 

kenapa tak beli almari baju saja, sebabnya almari baju tak dapat yang harga RM145 untuk almari jenis kayu macam nie.. 

paling murah kami pegi tengok pun.. RM400 dan untuk baju lama yang banyak tu... kene beli dua.. dah RM800 kat situ.. 

ceritanya... papa tot nak cari barang.. dan ada rakannya cerita tentang pusat perabot dan pelbagai barangan rumah iaitu Houz Depot yang terletak di Kota Damansara. 

dan bila kami ke sane.. mama tot terjatuh cinta dengan satu almari nie.. sebab ianya tinggi dan lebar.. dan harganya baru RM145!



kami beli dua unit.... 

disebabkan ini adalah multipurpose cabinet.. jadi nanti akan ada sedikit perubahan pada pemasangan almari ini... 



pulang tu kami singgah ke hardware untuk membeli bahan - bahan untuk menjadikannya Almari Baju.








bila pulang tu... kami pasang macam biasa mengikut manual dan cuma tinggalkan mana yang kami tak mahu...




inilah rupe sebenar multipurpose cabinet nie.. 









inilah hasilnya kedua almari siap dipasang...  lebar kan.. hanya berharga RM290... berbaloi sangat... 














masa memasang tu, kami pasang hanya satu papan didalam.. iaitu dibahagian atas sahaja..

manakala dibawahnya kami gantikan dengan penyangkut berbentuk 'V'.. 

kalo nak beli di hardware, cuma beritahu nak penyangkut V, rata-rata mereka tahu.. 

yang ini harganya RM0.80 setiap satu, dan kami beli 4 unit.












ukur ketepatan kedudukan bedasarkan saiz hanger baju, tanda dan skrukan pada almari pada kedudukan bertentangan...


















kemudian sangkutkan  batang besi yang keras merentangi kedua penyangkut V itu, 

batang besi ini boleh juga di beli di hardware, dan cari yang tebal kalau boleh.. sebab kalau baju terlalu banyak boleh melendut... dan terus boleh test dengan penyangkut V terus di kedai... 

batang besini ini kami beli 2 batang.. pada harga RM2 setiap satu...














setelah di skrukan dan disangkutkan, maka inilah hasilnya.. 


kedudukan papan di dalam almari itu saja kami pasang satu tinggi dan satu rendah... supaya ade ruang yang sederhana dan besar sikit untuk letak barang - barang...








setelah dikira, kos kami cuma...


almari : RM145 x 2 = RM290.00


penyangkut V : RM0.80 x 4 - RM3.20


batang besi : RM2.00 x 2 = RM4.00


jadi, jumlah keseluruhan hanya : RM297.20


save banyak dah kat situ.. kalau ikutkan kami dah save RM502.80 dari bajet asal...


so pada yang mengalami masalah serupa dan inginkan almari kukuh pada bajet yang sama.. boleh cuba yea...

selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Instagram