resepi: ayam masak sos black pepper


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

we tot la... dah terasa sangat bunga - bunga Hari Raya... macam mana kami rasa... bukan dari bunyi mercun yang berdentam dentum sampai kita termelatah seperti tiap - tiap taun..  (tahun ini agak pelik sebab langsung tak dengar.. selalunya dah berbunyi dah..) tapi kerana kedudukan rumah kami kan berdekatan dengan Uptown Danau Kota..

macam mana kami terasa... nak balik rumah sendiri JEM!.. 

betul.. lepas waktu tarawih tu... memang ade la setengah jam dari jalan Genting Klang tu nak ke rumah kami... waktu malam pulak tu.. sedih.. tapi itulah yang menandakan dekat sangat dah Hari Raya... 

baiklah dalam nak raya nie bagaimana persiapan.. kami biasa-biasa sahaja.. seperti tiap-tiap tahun.. baju raya satu family sekaligus cari di Uptown.. Insya Allah dapat sedondon... pilih jea nak tema apa... dari hitam, hijau muda hingga ke biru muda.. semuanya last minute shopping di Bazzar larut malam sahaja.. boleh tawar lebih - lebih sikit sebab ramai tauke nak balik raya... 

cuma tahun nie tak decide lagi...

apepun dalam persiapan raya...  petang nie menu berbukanya apa.. jom kita tengok resepi nie... mudah dan sedap..dan ini adalah resepi dari ibu tersayang... 

measurement nie hanya guideline saja.. tak semestinyer kene ikut exactly.. sebab yang nie ala resepi campak-campak.. boleh tambah dan kurangkan ikut selera yea.. 

macam yang kami buat nie, di tambahkan carrot.. 


1 ekor ayam - potong 8 dan gaulkan dengan kunyit + garam
2 ketul kentang - potong dadu

kisar / tumbuk
3    ulas bawang putih
1    biji bawang merah
1/2 inci Halia
5    tangkai cili kering 

hiris
1 biji bawang besar - hiris tebal dan leraikan
1 tangkai cili hidup
5 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kicap pekat
gula dan garam


gorengkan kentang dan ayam jangan sampai garing, keluarkan..

buangkan minyak sehingga tinggal suku sahaja...

kemudian tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan garing.. dan masukkan bahan hiris beserta sos.. 

kacau sehingga sebati dan tambahkan sedikit air.. lebih kurang 3 sudu besar.. 

akhir sekali masukkan bahan yang dah digoreng tadi.. gaulkan sehingga semuanya bercampur dan kuah nampak likat.... tambahkan gula dan garam secukup rasa.. 

selamat mencuba
Jadi Rakan Kami
 

3 comments:

  1. Saya dah try masak dah..sedap..terima kasih share resepi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama.. nanti cubalah yang lain juga yea 😊😊😊

      Delete
  2. Its like you read my mind! You appear to know so much about
    this, like you wrote the book in it or something.
    I think that you could do with some pics to drive the message home a little
    bit, but other than that, this is excellent blog.
    An excellent read. I will certainly be back.

    ReplyDelete

Instagram