Resepi & Tutorial : Lasagne

                                                            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



We tot la.. Kalau kami share resepi yang mudah.. maksudnya mudah itu ialah dengan resepi yang menggunakan leftover dari resepi lain.. dan dicampurkan sedikit bahan baru terus dapat resepi lain.. nak tak???
Ini cara yang paling mudah dan amat senang nak buat lasagne.. dari lebihan kuah speghetti.. boleh disiap hidang dalam masa kurang setengah jam.. 

Idea ini datang bila ada lebihan kuah spaghetti, kan biasa tu kalau masak spaghetti, mesti kuahnyer tak habis.. dan kalau nak celur lagi mee spaghetti.. macam dah tak selera pulak.. jadi kami fikirkan satu lagi resepi yang boleh menggunakan lebihan kuah ini..  

sebelum itu, kami kongsikan resepi Spaghetti Kambing kegemaran kami.. yang mana lebihan kuah akan dicampurkan pada resepi Lasagne ini nanti.

500 gram  daging kambing
3 sudu besar minyak zaitun (Olive Oil)
1 biji bawang besar - didadukan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin tomato puree atau Kimball traditional sauce mix.
1 pek spaghetti bolognese mix jenama Maggi.
1 tin cendawan butang. (kalau nak mudah beli yang siap di hiris halus)
1/2 teh gula
2 sudu teh Oregano.


Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau dan masukkan daging kambing sambil besarkan sedikit api, kacau sehingga daging cincang itu masak sekata dan kelihatan peroi. selalunya daging akan bertukar warna menjadi coklat gelap.

Kemudian masukkan pes tomato puree atau sos tradisional Kimball dan kacau sehingga campuran mendidih, masukkan pula cendawan butang dan kacau.

Bila sudah mendidih sekali lagi, masukkan Maggi Mix dan air sebanyak 1 cawan dan kacau sehingga mendidih semula.

Turunkan suhu dan biarkan selama 10 minit atau sehingga masak. Tutup api dan masukkan oregano dan gula secukup rasa. Gula ialah untuk mengurangkan rasa masam dari pes tomato. Kacau hingga sebati dan hidangkan.

Baiklah, untuk menyediakan Lasagne ini,


Lasagne kering
Feta Cheese
Mozzarella Cheese

untuk memudahkan beli kesemua cheese in yang sudah diparut.


cairkan kuah dengan menambah 1/2 cawan air pada lebihan kuah speghetti.. masak semula atas dapur hingga mendidih.
susun terus lasagna pada baking dish.. ade dua cara yang boleh digunakan.. samada tuang sikit kuah cair dibawahnya.. dan susun diatasnya.. atau letak sahaja terus. bermula dengan kepingan bawah, kerana nanti kuah spaghetti akan turun mengalir kebawah.


















mulakan melapis kuah spaghetti tu ke atas lasagne kering.




















selepas itu taburkan mozzarella sedikit atau kalau ade feta cheese sudukan kecil-kecil ke merata lapisan pertama itu.



















ulangi proses sampai dapat 3- 4 layer..





















pastikan dibahagian atas sekali taburkan mozzarela dengan banyak...




















tutupkan dengan kertas aluminium.. dan bakar pada suhu 200'c selama 20 minit...
lepas tu keluarkan, buka kertas aluminium itu dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga warna cheese di bahagian atas bertukar warna keemasan.




















keluarkan, sejukkan dan hidang... 
AMARAN: BOLEH JADI KETAGIH!




















selamat mencuba!


Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram