Jalan - Jalan : Pengembaraan Penang ~ Perak #1


Wetotla bercuti ke Penang - Perak pada minggu lepas...

13 kereta berkonvoi sepanjang perjalanan dan  selama 6 hari kami berjalan - jalan dari menaiki feri, menaiki keretapi di Bukit Bendera, melawat museum, bermain di Bukit Merah waterpark hinggalah menikmati Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang dalam perjalanan pulang.



Segala catatan perjalanan telah kami rekodkan dan disini akan kami kongsikan serba sedikit gambar-gambar dan info tentang tempat yang dilawati.. supaya boleh menjadi rujukan bagi mereka yang ingin kesana nanti..

kami mulakan dari Penang, 

Tempat tinggal : Hotel Flamingo By The Beach,  
Tempat yang di lawati : Bukit Bendera, Toy Museum, Pantai Tanjung Bugah,

disebabkan masa kami agak terhad, yang mana kami tinggal selama 3 hari dua malam sahaja bagi setiap tempat... jadi tak banyak berjalan....

tapi apapun kami memang enjoy selama berada di Penang.. dan kalau ada kelapangan lagi kami ingin kesana lagi untuk melawat banyak lagi tempat menarik seperti Museum Kamera dan Ben's Vintage Toy Museum

ini serba sedikit catatan perjalan yang ingin kami kongsikan ketika di Penang...

Hari Pertama...

untuk permulaan, ini adalah gambar - gambar  kami di RnR Sungai Perak... yang mana kami berhenti untuk makan tengah hari.. dan nak promote gerai waffle di sini menjual waffle terbaik! mesti cuba yea..

Driver cilik...
Layan Teh Tarik... 
Manja Papa ToT

perjalanan diteruskan sehinggalah ke Penang.. kami memilih untuk menaiki feri bagi perjalanan pergi dan ketika pulang nanti baru gunakan jambatan.

ini adalah gambar yang diambil sekitar menaiki Feri..

proses kami menaiki feri.


Pengalaman baru menaiki feri.... 


perjalanan menaiki feri lebih kurang 15 minit sahaja dan kami sudah sampai ke Penang, masa untuk mencari hotel penginapan yang telah di tempah.


Kami terus ke hotel dan proses check-in berjalan lancar...

tak sabar nak mandi laut la tu... .berkepit dengan pelampungnya...


disebabkan kami masih terasa letih lagi maka petang tu turun berjalan ke kawasan hotel sahaja...

Batman girl & Batman boy...




dalam berjalan tu kami ditunjukkan oleh staff ke kiddies club... asalnya kami nak ke kids corner.. baru sahaja lepak sini dalam 10 minit, staff hotel datang dan cakap yang tempat ini kene bayar dan kami diminta keluar... erk..




selepas itu kami terus pulang ke bilik dan ambil gambar pemandangan dari balkoni.... hari pertama tak buat apa melainkan lepak di bilik hilangkan penat... sebabnya dihotel ini ada masalah kekurangan parking... kalau kita keluar pasti akan orang akan ambil parking kita.. dan bila parking dah penuh terpaksa parking jauh.. di kawasan perumahan berdekatan... hal ini agak meng'stress'kan kami...

dan yang bestnya.. banyak parking di reserved kan sekitar hotel.. bila ditanya kenapa tak beri kami pelanggan parking... katanya untuk VIP... pulak dah...


Nampak meriah dengan pelbagai aktiviti...

Hari Kedua...

Hari baru bermula untuk bersiar - siar dan plan utama kami ialah ke Bukit Bendera....




bedasarkan GPS marsyal kami, terus sampai ke destinasi tanpa masalah.

ramai orang waktu kami sampai tu.. ingatkan kena beratur lama.. rupanya sekejap jea dah kosong.. mereka semua dah naik...

nanti waktu nak beli tiket, ada satu peringatan iaitu mesti bawa Mykad... sebabnya harga tiket dibeli dengan atau tanpa Mykad jauh berbeza

contohnya dewasa

tanpa MyKad = RM30    tanpa MyKad = RM8

jauh kan bezanya... dah untuk harga tiket sepenuhnya boleh rujuk sini






tempat duduk oldskool...

 Perjalanan menaiki Bukit Bendera nie sekejap jea.. dan laju betul.... untuk budak-budak memang adventure abislaa sebab boleh nampak pemandangan dan rasa betul keretapi ini laju jadi seronok betul mereka.

via Penanghill.gov.my

dan inilah pemandangan dari atas Bukit Bendera.. boleh nampak bandar Penang.. cantik sangat... kat atas nie pun agak sejuk...maklumlah atas bukit...





bila sampai di atas, ada bermacam cara untuk enjoy, ada museum burung hantu, pameran Dinosaur Alive atau juga boleh juga sewa buggy untuk pusing di sekitar puncak Bukit Bendera ini, sewanya RM30, akan ada tour guide yang menerangkan tentang pemilik rumah-rumah yang cantik sekitar Bukit Bendera dan sejarah mereka.


ini adalah salah satu stop kami.. untuk menceritakan sejarah sebuah peti surat yang berusia 200 tahun.


kami ditunjukkan juga rumah - rumah peranginan jutawan di Malaysia ini seperti Dato' Ananda Krishnan dan ramai lagi...

selesai bersiar kami naik lagi setingkat... ke kawasan meriam ini.. untuk bergambar dan melihat sekeliling dari kawasan yang lebih tinggi...



Iman Hazim cukup suka dengan meriam ini... 
 selepas tu kami turun semula sebab perut dah lapar.. dan lalu di kawasan pameran Dinosaur Alive ini


dan sempat kami bergambar hadapan Museum Burung Hantu. kami tak masuk pun.. sekadar bergambar.. sebab budak-budak dah lapar termasuk ibu bapanya... jadi kami cuba-cuba tengok food court di sini kot-kot ada yang boleh dimakan...


ada banyak gerai orang Islam disini.. jadi makanan tidak menjadi masalah... dan Laksa kat sini sedap betul!


 budak-budak menjamu nugget...


selesai makan.. kami terus decided untuk turun sebab nak ke tempat seterusnya iaitu Toy Museum.

Manja papa tengah bermanja....



ikuti sambungan seterusnya pengembaraan kami melawat museum paling menarik yang membuatkan kesemua kanak-kanak tersenyum sepanjang berada didalamnya!

Sambungan  : Pengembaraan Penang ~ Perak #2


No comments:

Post a Comment

Instagram