Jalan - Jalan : Pengembaraan Penang ~ Perak #2


Pengembaraan hari kedua kami diteruskan ke Toy Museum yang terletak di Teluk Bahang. Asalnya Toy Museum nie lokasinya berdekatan dengan hotel kami.. iaitu di Tanjung Bungah... tapi kini dah berpindah ke tempat yang lebih besar yang mana keluasannya seperti pasaraya NSK..

risalah tentang tempat ini kami dapat ketika melawati Bukit Bendera... dan sejak risalah tu ada ditangan anak bujang kami Iman Hazim dok tengok jea.... sampai lunyai.. maka kami membuat keputusan jom kita kesana..

sebenarnya kami pernah tengok dalam rancangan tv tentang tempat ini... dan nampak menarikkk sangat... 

untuk masuk caj yang dikenakan untuk dewasa ialah RM15 manakala RM10 untuk kanak-kanak.. 

bagi yang tinggal di kawasan hotel Hard Rock memang dekat sangat kalau ingin ke sini....


Enjoy gambar - gambar yang di ambil ketika disana yea...
































kami memang enjoy tengok koleksi mainan - mainan ini... sebabnya ada yang mengimbau zaman kegemilangan kanak-kanak dulu... macam M.A.S.K, Voltron, Transformers Deception yang masih lagi kaset bertukar menjadi harimau dan macam - macam lagi... 

dan untuk anak-anak dah tentu karakter yang mereka kenali seperti Ice Age, Shrek, Nemo dan pelbagai lagi... ini adalah tempat yang pasti singgah yea... 

penggembaraan kami akan diteruskan lagi iaitu ke Perak pula iaitu ke Bukit Merah Laketown Resort... pada hari ke 3...


No comments:

Post a Comment

Instagram