Jalan - Jalan : Port Dickson Ostrich Farm


we tot la ke Port Dickson (PD) lagi.. memang ini lokasi terbaik kami untuk mandi laut.. lagi-lagi kawasan Teluk Kemang telah di tambak pantainya.. jadi pantai nya semakin bersih.. cantik pasirnya putih.... sampai kan kami rasa seperti berada di pulau yang cantik seperti Pulau Tioman.
Kami pun ada hotel yang kami sukakan lokasinya... iaitu Seri Ratu Hotel & Spa... Hotel nie bukan bertaraf 5 bintang, mungkin hanya 3.. tapi tentang lokasi, harga dan layanan memang terbaik..



walaupun pernah tinggal di beberapa hotel sekitar PD ini tetap kami rasakan hotel ini tetap menjadi pilihan kami tiap kali ke sini... dengan kebersihan terjaga di persekitaran dan bilik, dan juga lokasi hotel yang hanya 100 meter dari pantai.. ini memang hotel pilihan kami... dan yang lagi menyeronokkan hotel ini sering sahaja ada kosong.. mungkin sebab mereka tidak menima kad kredit.. apapun itu lagi buat kami suka.. kalau rase tiba-tiba nak pergi mandi laut.. pasti tak ada masalah nak dapatkan bilik hotel...

boleh nampak pantai dari bilik kami... 

kedudukan nya juga tepi jalan.. jadi mudah nak keluar  masuk ...
waktu ini sebab kami pergi dalam bilangan yang ramai.. kami ambil bilik bawah.. ada 1 katil double yang diletakkan dalam bilik, dan 2 katil single dibahagian ruang tamu.. 


ruang yang disediakan sangat luas.. sesuai untuk keluarga yang besar.. kesemua bilik besar diletakkan di tingkat bawah.. manakala bilik standard diletakkan di tingkat atas...



ini saja saya ambil gambarnya.. sebab waktu pulang dari mandi kami letakkan baju basah di luar bilik sementara ingin dijemurkan di dalam bilik air.. bila keluar kami lihat pihak hotel sudah sediakan tempat jemuran hadapan bilik kami.... memang bagus layanan mereka.. peka terhadap tetamu.



anda boleh lihat persekitaran hotel yang bersih.. terus terang kami amat petingkan kebersihan.. pernah ke hotel bertaraf 5 bintang.. tapi dalam bilik sangat kotor.. dan yang lagi menjijikkan.. cawan yang disediakan pun tidak dibasuh..ada kesan kopi dari tetamu terdahulu.. sebab itu kami tak kisah taraf hotel.. asalkan taraf kebersihannya tip-top!



bagi yang berminat boleh hubungi

Seri Ratu Hotel & Spa
Pantai 3, Bt 8, Teluk kemang
Port Dickson
06-6627355

PD OSTRICH SHOWFARM


Antara tarikan yang popular di PD sekarang ini ialah Ostrich Farm.. kalau tak silap kami ada lebih dari dua farm sebegini di kawasan PD.. jadi anda boleh pilih untuk pergi yang mana satu.. kami pergi yang paling hampir dengan penginapan kami.. tak sampai satu kilometer pun...


 


tempat sebegini memang sesuai untuk kanak-kanak.. sebab mereka boleh melihat binatang dari jarak dekat.. an kalau mahu mereka boleh beli makanan dan beri terus pada binatang-binatang di farm ini.




selain burung unta, ada banyak lagi binatang yang di pamerkan disini..






kalau tak silap kami.. ini anak-anak yatim dari sekolah berdekatan.. seronok tengok budak-budak nie enjoy dapat naik dan beri makan pada binatang - binatang disini...






bagi yang berminat untuk ke sini, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang.

PD OSTRICH SHOWFARM
Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang,Port Dickson.
06-6627496

petang itu kami jalan - jalan ke kawasan lain sebelum pulang ke hotel dan sambung mandi sampai penat.. waktu mandi tak bawak kamera sebab we tot la memang enjoy abis-abisan kat Pantai Teluk Kemang!


No comments:

Post a Comment

Instagram