Resepi + Tutorial : Roti Burger Kelar Petak!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

wetotla lame jugak tak update dengan resepi atau tutorial baru.. sekarang agak sibuk dengan "baby" baru kami.. baby ChocoToT yang baru dilancarkan pertengahan bulan Januari 2014 nie.. sejak dilancarkan.. Alhamdulillah syukur sangat.. ada order masuk dari rakan, pelanggan lama yang kami hanya war-warkan melalui whatsapps sahaja.. 

ChocoToT ialah satu jenama yang kami ketengahkan dengan menjadi pengedar coklat dari Timur Tengah, tapi ChocoToT lebih menerapkan nilai hadiah itu kepada pelanggan.. contohnya bila seorang isteri yang ingin surprisekan suaminya di pejabat.. beliau akan order dari kami dan kami terus poskan kepada suaminya yang berada dipejabat... lebih mengeratkan perhubungan mereka.. 

Set Coklat ChocoToT juga menawarkan tote bag percuma dengan setiap pembelian.. ianya berwarna metalik keemasan, jadi disitu lebih ramai isteri yang berminat dari suami hehe.. maklumlah beg tu kan nanti dibawa pulang juga...

kami ada juga buat gubahan.. kalau minat nak tengok boleh ke sini.. www.tots.my.. ada beberapa gubahan yang dah siap, jadi kalau ada yang berminat nak buat hantara ke ape.. boleh tengok dan emailkan kami.. atau pm sahaja.. Insya Allah kami terus jawab bila kesempatan.. 

Baiklah.. berbalik pada resepi kita.. 

Roti Burger Kelar Petak

Ini ialah resepi yang datang secara mengejut sebab ada baki roti burger dirumah... ada daging yang dipotong halus (selalu disimpan untuk buat goreng-goreng) dan cendawan butang dalam peti sejuk, ada butter sedap  dan ada mozzarella Cheese.. 

jadi terfikirla nak buat something yang boleh dibakar.. kononnya nak buat macam pizza.. topping diatas, tapi nak sesuatu yang tak merah.. sebab budak-budak nie agak alergik dengan warna merah yang mana kata mereka pedas...

jadi resepi ini pun terhasil.. jadi kite tengok bahan-bahan dulu yea...


4 ketul - Roti Burger 
2 sudu - Butter
3 sudu - Minyak Masak
1 tin - Cendawan Butang - dihiris tebal
100 gram - daging
1 sudu teh - serbuk kayu manis
1 sudu teh - oregano
Mozzarella Cheese

Cairkan Butter dan campurkan minyak masak.. goreng cendawan butang dan daging hingga masak.. masukkan juga Oregano dan serbuk kayu manis.


selepas masak, tutup api, sediakan satu loyang yang dilapiskan aluminium foil dalamnya...


kelar roti buger seperti yang ditunjukkan.. 


 susunkan roti didalam loyang...


 ambil cendawan dan daging yang sudah sejuk tadi..


masukkan ke dalam celah roti burger tadi.. isikan sehingga kesemua bahagian terbelah itu penuh dengan inti.


selepas itu masukkan Mozzaarella Cheese dan isikan sehingga penuh dan terkeluar..


kemudian, tutup loyang tadi dengan aluminium foil...


 bakar pada suhu 170 - 180 'c selama 10 - 15 minit.. untuk sekadar mencairkan cheese dan melekatkan semua inti dalam celahan roti tu...


keluarkan dan nikmati ketika masih panas.. memang best!







Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram