Resepi & Tutorial : Sardin Roll

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selamat Tahun Baru kepada semua... we tot la mesti ade yang terkejut dengan warna sardin roll kami ini!
jangan takut yea.. itu memang dimasak mengikut selera kami.. suke yang garing-garing dan ada sedikit rasa overcooked.. tapi bukan hangus.. 

ini antara menu popular dirumah kami bila petang hujung minggu... menu yang simple tapi puas menikmatinya.. anak-anak pun suka.. sebab bersalut telur.. ala french toast gitu...

jadi untuk menyediakan sardin rol ini.. 


1 tin sardin yang bersaiz kecil
1 labu bawang besar
1 buku roti 
3 biji telur 


Potong bawang menjadi kecil, dan campurkan kedalam sardin yang telah dibuang sosnya, hancurkan dan gaulkan sehingga sebati.


pecahkan telur dan kacau sehingga bercampur semuanya...


letakkan sardin keatas roti.. roll kan dan gamkan roti itu dengan menggunakan telur.


bila hendak menggoreng, panaskan minyak dahulu.. bila dah nampak panas, terus masukkan sardin roll ke dalam telur dan salut keseluruhannya...


masukkan kedalam minyak dan goreng sehingga garing.. disini terpulang.. kalau tak suka yang garing.. boleh keluarkan ketika sudah nampak keemasan..






Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram