Jalan - Jalan : Lawatan Semula ke Madrasah Hashimiah.

Landmark Madrasah Hashimiah
 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum semua, 

Kami telah ke Madrasah Hashimiah semula dengan bercadang untuk memasang penyangkut beg dan memasang tempat untuk menggantungkan baju di asrama, dengan mendapat tabungan dari beberapa individu yang ikhlas memberi kami peluang untuk membantu mereka, maka kami datang semula pada hari Ahad 23.2.2014 iaitu seminggu selepas lawatan pertama kami. 

Namun atas sebab Ustaz Hashim juga menggunakan ruang asrama itu sebagai kelas pada hari biasa, maka kami di izinkan hanya untuk memasang tempat menggantung beg dan rak barangan di bilik air dan dapur, ini kerana pada mulanya kami ingatkan asrama hanya ruang untuk mereka tidur, rupa-rupanya tidak, ianya juga berfungsi sebagai kelas, jadi tak sesuai untuk dilihat baju rakan-rakan lain bergantungan ketika mereka sedang belajar. 

Untuk kami tidak ada masalah, kerana niat kami hanya untuk membantu, dan hanger baju sebanyak 60 unit yang telah dibeli dijadikan sebagai hanger baju basah untuk dibahagian jemuran, hanger baju yang ada pun sangat sedih keadaannya. 


Antara barangan dibeli...
Wang selebihnya dari tabungan itu telah diserahkan kepada Ustaz Hashim.

Bagi rakan-rakan yang telah menyumbang kepada saya, atau terus ke akaun Madrasah Hashimiah dan memerlukan resit rasmi, boleh meminta terus kepada Ustaz Hashim (bagi yang menyalurkan sumbangan terus ke akaun Madrasah) atau dari kami (bagi saudara dan rakan-rakan terdekat yang beri melalui kami). 

Pihak Madrasah Hashimiah memang mengeluarkan Resit Rasmi bagi sumbangan yang masuk. 

Jamuan Makan

Rezeki anak-anak ini memang murah, asalnya kami hanya ingin datang memasang rak dan tempat penyangkut baju itu, namun rakan baik saya iaitu Waty ingin menjamu mereka dan juga membawa pelbagai barang sumbangan staff TM. 

Alhamdulillah.. 

Ini gambar sewaktu kami sampai, bagi sesiapa yang datang, jika membawa barangan sumbangan, mereka pasti akan turun mengambil kesemuanya.. sejak dari dahulu lagi inilah cara mereka..

 

Mintak posing sikit.. ceria sahaja mereka nie.. 


Sewaktu melangkah masuk sahaja..


terkejut kami.. mereka sudah menunggu kami rupanya.. cantik-cantik belaka..


kali ini lebih ramai.. dalam 60 orang.. ada yang datang khas untuk jamuan...

 

Rakan saya Waty pun sampai.. membawa makanan yang dimasaknya sendiri untuk 60 orang beserta barangan sumbangan hasil kutipan dari staff TM.


Waty hadir bersama keluarganya.. seperti biasa, anak-anak ini pasti turun mengambil.


Sewaktu mereka makan, kami hanya memerhati.. seronok tengok mereka..

Ustaz Hashim dan Papa Tot..

 

 Alhamdulillah.. makanan sedang diagih-agihkan..

 

Lihatlah gelagat mereka ketika makan.. comel!


 

Sempat kami berjalan di tingkat 2 ini dan mengambil gambar keadaan bilik mandi dan tempat mengambil wuduk.. Beginilah keadaannya..

 

Ini langsir di bahagian belakang, tempat diletakkan papan belajar mereka yang sudah uzur tapi masih digunakan...

Kami meminta izin untuk naik ke tingkat atas, agak gembira melihat hasil sumbangan yang banyak berbanding minggu lepas.. 

Katanya, wakil dari D'herbs juga ada datang menghulurkan sumbangan... Alhamdulillah.. 


Ruang Asrama

Kali ini kami masuk ke ruang yang minggu lepas kami tak masuk.. ingin kami rakamkan lebih dari minggu lepas, 

sebab ramai yang bertanya apa yang perlu dibantu, jadi kami rasa mudah dirakamkan sahaja apa yang kurang, 
Tempat memasak.
Alas yang digunakan untuk tidur.


Tempat memasak nasi
Tempat menyimpan stok barang makanan yang nampak agak kosong


Tempat jemuran kain
Ustaz Hashim sedang bercerita kepada Waty dan Suaminya..

Misi Memasang Rak dan Tempat Mengantung Beg.

Sejurus itu Papa Tot terus memulakan misinya..

Untungnya kali ini dah seorang 'anak' baru.. yang sungguh rajin ingin membantu.. namanya Usman, berumur 17 tahun.. yatim piatu sejak berumur 5 tahun.. antara anak angkat Ustaz Hashim yang terawal.. 

Kata Ustaz Hashim, "Usman dah sibuk beritahu nak bekerja.. nak cari wang.. kata ustaz lagi.. habiskan belajar dulu.. pandai Al-Quran dan pandai berbahasa luar.. jadi mudah bila bekerja nanti.. mesti kenal apa Halal dan Haram, di dunia luar banyak yang Halal dan Haram kalau kita tak tahu kita akan buat.." lucu mendengar bebelan Ustaz..

Anak ini sangat baik, carilah dia sewaktu anda melawat tempat ini.. die pasti akan melayan anda dengan penuh hormat... 

Memasang tempat gantung ini sekejap sahaja.. dan selesai sahaja dipasang, terus berlari mereka meletakkan beg.. tidaklah beg-beg yang mengandungi kitab-kitab berada dilantai seperti biasa.. 


tempat asal beg-beg itu diletakkan..


kelihatan mereka semua sedang gembira bermain dan berehat didalam bilik asrama.. 


Selesai memasang penyangkut beg itu, kami memasang rak satu dibilik air tingkat atas, dan seterusnya turun ke tingkat satu untuk dipasang di bahagian dapur.

Kali pertama kami ke tingkat ini, sebab ianya di khaskan untuk guru perempuan tinggal disitu.. dan pada waktu biasa kelas juga dijalankan disini.. 

Kelihatan banyak stok Al-Quran dan buku-buku yang disumbangkan oleh orang ramai.. Alhamdulillah.. rasanya stok untuk Al-Quran dan Muqaddam ada secukupnya...

Yang berwarna biru itu ialah kain ela yang juga sumbangan orang ramai.. 


Kali ini Papa Tot beri peluang pada Usman untuk lakukan sendiri.. seronoknya dia tak terkata... 


Selesai menggantungkan rak yang kini berfungsi sebagai tempat meletakkan gelas dan sudu yang sudah dibasuh, Usman bertahu ada tingkap yang rosak (exited la tu) dan mereka berdua membaikinya.. 

Jadi sekarang Iman Hazim sudah ada abang :)


Sewaktu mereka tengah sibuk memasang tingkap... mama tot mengambil peluang bertanyakan tentang Madrasah Hashimian dan keperluan mereka..


Berikut ialah Fakta tentang Madrasah Hashimiah.
  • Pelajar yang tinggal/ tidur di asrama lelaki ialah seramai 43 orang.
  • Pelajar perempuan tidak tinggal sekali dan mereka mempunyai keluarga.
  • Pada hari biasa pelajar disini ialah seramai 170 orang memenuhi kesemua 3 tingkat.
  • Pelajar berumur dari 5 tahun sehingga 17 tahun lelaki dan perempuan.
  • Mereka belajar khusus Al-Quran pada waktu pagi dan akademik pada waktu petang.
  • Mereka mempunyai 6 orang guru mengajar yang juga ada tinggal disitu.
  • Mereka amat mengalu-alukan bagi orang ramai datang dan melihat sendiri keadaan di sini.
Sumbangan yang boleh dihulurkan ialah

SECARA TETAP
Senarai sumbangan yang anda boleh hulurkan pada bila-bila masa samada secara mingguan atau bulanan.
  • Bantuan Kewangan- ianya khusus bagi membayar sewa, bil elektrik dan bil air, dan membeli barangan keperluan makanan.
  • Beras - mereka menggunakan 50 kilo (1 guni) untuk makanan pagi, tengahari, petang dan malam yang habis dalam masa 4 hari jadi untuk sebulan mereka memerlukan sekurang-kurangnya hampir 8 guni beras.
  • Minyak Masak
  • Minuman 
    • Milo
    • Susu pekat
  • Gula
  • Garam
  • Bawang Merah & Putih
  • Kentang
  • Tepung Gandum
  • Mee Maggi
  • Kicap
  • Kacang Dhal
  • Telur
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sayur-sayuran
    • Lobak
    • Sawi
    • Kobis Bunga
    • Terung
  • Serbuk 
    • Kunyit
    • Kari
  • Rempah Ratus
  • Sabun Mandi
  • Ubat Gigi
  • Berus Gigi
  • Sabun Serbuk
  • Sabun Buku
  • Pencuci Pinggan
SECARA BERKALA
Senarai sumbangan yang anda boleh hulurkan mengikut keperluan dan bergantung pada stok yang ada. 
(Pesan Ustaz Hashim, jika terlalu banyak akan jadi membazir jika tersimpan)
  • Buku Latihan Kosong
  • Buku Latihan Kerja (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Metamatik)
  • Pensel Tulis
  • Pen
  • Mop
  • Penyapu
  • Penyodok
Itu antara bahan makanan yang boleh disumbangan oleh anda, jika ada yang tidak tersenarai namun ingin disumbangkan, ianya tetap dialu-alukan.. 

Ramai yang bertanya tentang keinginan untuk menyumbangkan pakaian terpakai untuk kanak-kanak atau dewasa, kata Ustaz Hashim, tiada masalah, mereka terima semuanya.



Akaun Bank:
CIMB 8600202864 Madrasah Hashimiah
(ustaz minta jasa baik supaya dapat masukkan nombor telefon beliau ketika transfer, terima kasih)

Hubungi: 
Ustaz Hashim 019-2621671
Alamat:
No. 111-3, Kompleks Pasar Borong
Jalan 2/3 A, KM 12 Jalan Selayang
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.


Bagi yang ingin datang membantu / menjamu / meraikan mereka, sila hubungi Ustaz Hashim terus, beliau amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk datang dan melihat anak-anak ini.

Cuma kalau call tidak dijawab mungkin ketika itu beliau sedang mengajar.

Mungkin boleh call semula pada waktu lain.

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam memberikan sumbangan kepada mereka.

Terima kasih semua,
Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram