Jalan - Jalan : Madrasah Hashimiah Selayang - Mohon Bantuan

Pagi Ahad 16.2.2014 kami ke Madrasah Hashimiah Hifzul Quran yang terletak di kawasan Pasar Borong Selayang untuk menyampaikan amanah beberapa individu yang telah memberi sumbangan kepada Madrasah ini.

Sebenarnya sudah lama kami tidak ke sini.. rasanya kali terakhir pada bulan puasa tahun lepas.

Nampak kawasan ini semakin 'uzur' berbanding waktu kali pertama kami kesini dan beberapa kali selepas itu. 

Kali pertama kami membuat lawatan ke sini ialah pada tahun 2010 waktu anak sulung kami masih bayi lagi :) lihat gambar

Waktu tu tempat tu masih baru.. cantik catnya... sempat dulu kami bergambar dengan anak-anak ini...


Kali ini kami datang semula pada hari minggu.. anak-anak yang selalunya ramai tu tak semua ada, bagi yang ada keluarga.. mereka pulang seminggu sekali.. jadi yang tinggal hanya yang betul anak yatim piatu, yang tiada saudara mara.. 

Ini rak kasut mereka.. seringkali mereka dilawati oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid AsiaKindness.my, dan pelbagai NGO lain, jadi banyak juga keperluan mereka dibantu oleh mereka semua.

Displin disini agak ketat.. contoh tengok susunan kasut tu... dan kasut kami pun.. elok melangkah ke ruang solat.. terus kasut kami anak-beranak disusun kemas oleh anak-anak ini tanpa disuruh... Kami hanya mampu tersenyum sambil berasa sangat kagum...


rak kasut ini sebenarnya baru.. mungkin dihadiahkan oleh NGO atau pihak-pihak tertentu,
nak tengok sewaktu kami datang dulu bagaimana rupanya...

Beginilah dulu....



Kebetulan waktu kami sampai, Ustaz Hashim sedang mempunyai tetamu, jadi kami pun tunggu di Ruang Solat yang juga kelas pada hari biasa. Sempat bergambar disini..


Inilah ruang belajar mereka.. kotak hijau tu kalau tak silap meja guru.. sebab berkunci... dan lihatlah Al-Quran merka yang digunakan setiap hari.. lusuh... Anak - anak disini kebanyakkannya Tahfiz Al-Quran.. Pernah sekali waktu kami datang, Ustaz Hashim memperdengarkan bacaan Surah Yaasin oleh anak saudaranya yang berumur 5 tahun.. Maasya Allah.. seluruh surah itu dihafalnya!

Kebetulan kami jumpa video tu dan kami kongsikan disini.



 

Sempat kami minta bergambar dengan seorang anak yatim disitu.. Anak dara saya excited sungguh!

Ini antara anak - anak yang tak kemana-mana pada hari Ahad sebab mereka tiada sesiapa... gaya mereka amat bersopan santun.. hormat sungguh pada orang tua.. MaasyaAllah saya kagum dengan didikan Ustaz Hashim.

Disini mereka tidak dibenarkan menonton TV, dan mereka tiada Internet. Jadi masa terluang mereka habiskan dengan menghafal atau bermain sesama mereka. 

Kami meminta izin untuk naik ke tingkat atas iaitu asrama mereka untuk mengambil gambar.. katanya mereka ingin menikmati makan tengah hari, jadi baguslah dapat kami ambil gambar aktiviti mereka pada waktu itu.

Ini ialah gambar perbandingan, dahulu ruang asrama mereka hanya menggunakan bakul terpakai dari pasar borong sebagai tempat menyimpan barang-barang mereka, Alhamdulillah.. ada yang sudi memberi mereka loker baru yang boleh dikunci.. Rezeki anak - anak ini sungguh murah.. 

Dahulu


Sekarang


Waktu kami sampai di situ, mereka sudah duduk menunggu makanan tengah hari untuk dinikmati, ada yang dah dapat nasi mereka dan ada yang belum, kami lihat ada lauk sayur kobis bunga dalam setiap pinggan, jadi kami menunggu untuk lauk utama sampai supaya kami boleh rakamkan kesemuanya sekali.

Rupa-rupanya itu sahaja lauk mereka... Kami agak terkejut.. 


Lihatlah anak - anak ini.. mereka tetap ceria dan gembira menikmati rezeki hari ini. MaasyaAllah.. 


Selesai merakam, kami turun ke tingkat bawah semula dan waktu ini kami terus masuk ke bilik komputer untuk berjumpa Ustaz Hashim.

Sempat kami rakamkan piala - piala yang anak didik Ustaz Hashim terima.. Tumpang Gembira dan Bangga dengan pencapaian anak-anak ini.. 

Dengan keadaan pembelajaran mereka yang serba kekurangan, mereka masih boleh menaikkan nama Madrasah Hashimiah ini. Alhamdulillah.

 

Kami bertanyakan tentang lauk yang anak-anak itu nikmati sebagai hidangan tengah-hari ini, Ustaz Hashim terus bercerita sambil memanggil adiknya yang kini menjadi tukang masak disitu.

Cerita Beliau :


BERAS


Selain tiada lauk sedap macam ayam, ikan untuk dinikmati, sekarang mereka juga mengalami masalah kekurang beras, ini kerana pada hari biasa, iaitu pada hari kelas dijalankan, ada anak-anak yang ibu bapa mereka masih bekerja waktu kelas sudah tamat, maka mereka pulang lewat petang iaitu selepas makan pagi dan tengahari disitu.

Jadi pada waktu biasa, selalunya 70 orang anak-anak akan makan, dan selalunya beras sebanyak 50 kilogram itu habis dalam masa 4 hari sahaja. Harga beras 50 kilo ialah RM122.. bayangkan sebulan mereka berbelanja dekat seribu ringgit untuk beras sahaja.

Beras yang mereka makan tu jenis yang paling biasa dan murah. Itupun kalau boleh mereka jimatkan lagi dengan memasak bubur sahaja. Tapi anak-anak ini mudah lapar, kata Ustaz Hashim, kalau anak-anak kita ini, dapat duit pasti dibelinya kuih muih atau jajan, tidak dengan anak-anak di Madrasah Hashimiah, mereka akan pergi beli nasi dengan wang yang diberi.


MILO


Mereka memerlukan minuman koko seperti Milo, itu pun kata adik Ustaz Hashim, Milo yang ada dicampurkan dengan minuman koko murah, supaya dapat jimat. Budak - budak amat sukakan milo sebab biasanya mereka yang menghulurkan sumbangan membawa Milo.

SUSU PEKAT

Ini pun sudah dijimatkan habis-habisan, jadi setiap hari mereka mereka hanya menggunakan satu tin sahaja untuk 70 orang anak - anak itu menikmati minuman mereka.

MINYAK MASAK

Setiap hari mereka menggunakan sebanyak 3 peket minyak masak. Minyak yang dibeli selalunya dalam satu kotak dan ianya berharga RM43 dan mengandungi sebanyak 17 peket.

MAGGI GORENG

Ini kegemaran kesemua anak-anak di Madrasah, selalunya mereka dijamu pada waktu petang dengan menu ini. sebab Maggi bila dimasak akan jadi banyak, jadi mereka puas makan. Ini pun sesuatu yang mereka perlukan.




Bila selesai mencatat apa yang diperlukan, kami meminta no akaun Bank Ustaz Hashim. Dahulu mereka akan memberi akaun orang persaorangan yang mana mereka tumpang untuk menerima sumbangan.. 

Kini, atas jasa baik seorang staff CIMB yang selalu datang solat bersama mereka, telah membantu bagi membuka sebuah akaun bank atas nama Madrasah Hashimiah.

Ini benar-benar memudahkan mereka untuk menerima sumbangan, dan menolong jika ada yang mempunyai keraguan bila ingin memberi sumbangan.




Ustaz Hashim juga telah diberi tauliah untuk mengajar Al-Quran.. beliau menunjukkan sijil-sijil yang diterimanya.


 

Selesai sudah maka kami pun minta diri, lagipun dah nak masuk waktu Zohor dalam setengah jam lagi, keluar sahaja dari bilik, kelihatan anak - anak di Madrasah sudah menunggu Ustaz Hashim di ruang solat. 

Maasya Allah.. 


Akaun Bank:
CIMB 8600202864 Madrasah Hashimiah
(ustaz minta jasa baik supaya dapat masukkan nombor telefon beliau ketika transfer, terima kasih)

Hubungi: 
Ustaz Hashim 019-2621671

Alamat:
No. 111-3, Kompleks Pasar Borong
Jalan 2/3 A, KM 12 Jalan Selayang
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Sumbangan boleh dalam pelbagai bentuk, samada wang, barang kelengkapan dapur, buku cerita untuk anak-anak, baju budak -budak yang bersekolah yang masih elok, atau apa sahaja yang boleh membantu mereka.

UPDATE : Rakan FB kami telah melawat dan anda boleh baca sendiri pengalaman mereka di sana.. Kami menyeru pelbagai bentuk bantuan, terutamanya kewangan, salurkan terus di akaun mereka.. semoga pertolongan ikhlas anda semua diberkati Allah.. 




Pada yang berminat untuk membantu, menjadi volunteer, anda boleh join group yang selalu mengadakan aktiviti amal ke rumah anak - anak yatim oleh Puan Zaida ini di Program Derma Ikhlas RM10

 

 Terima Kasih Semua,






Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram