Jalan - Jalan : Lawatan ke Madrasah Hashimiah, Kami Datang Lagi!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Alhamdulillah.. sampai lagi kami ke sini... memang tak terjangka kan untuk datang lagi dalam tempoh terdekat ini kerana kesibukkan kerja, namun dengan izin Allah kami sampai juga untuk turut meraikan anak-anak ini atas jemputan rakan kami Waty sekali lagi membawa pelbagai barangan dan wang sumbangan untuk anak-anak ini dari warga Telekom Malaysia TM.

Barangan sumbangan yang dibawa kali ini agak banyak.. lebih banyak dari sebelumnya, terima kasih atas keperihatinan Waty yang telah memanjangkan kisah lawatan kami ke sana dalam email kepada rakan sekerjanya.. atas inisiatif itu, respon yang diterima amat hebat!

Antara barangan yang dibawa...kelihatan suaminya Encik Saiful Arshad masih lagi sedang menurunkan barangan dari kereta mereka.. 

nampaknya ada Goodie bag dari TM.. seronok la anak-anak tu.. 


seperti biasa anak-anak ini akan turun.. cuma kali ini yang 'besar-besar' tiada.. kata Ustaz mereka ke perlawanan bola dan selebihnya pergi membuat medical checkup... jadi tinggal yang comel-comel ini datang membantu.. 


Sejurus selepas tu Puan Zuraini Maskor dari TM juga sampai bersama keluarganya.. tengok lah rezeki anak-anak ini.. sampaikan penuh kereta mereka hasil sumbangan rakan-rakan Puan Zuraini dan suaminya.. Alhamdulillah.. 



    

Seperti biasa.. barangan dikumpulkan.. 

berikutan dalam minggu itu sudah ada beberapa NGO dan orang perseorangan datang.. jadi di bilik asrama ini sudah kelihatan agak penuh dengan hasil sumbangan yang dibawa.. kami tumpang gembira.. 


kali ini si comel yang tinggal.. yang tengah nie memang sporting.. suke benar gambarnya dirakamkan.. 


Sampai masanya mereka ingin menikmati mee goreng yang dibawa hasil sumbangan warga TM.. seperti biasa mereka akan duduk dan membacakan doa..


Sementara itu Papa Tot sedang membantu Waty untuk menulis resit rasmi bagi derma berbentuk wang ringgit, terus terang kami agak terkejut mendengarkan jumlah wang yang disumbangakan oleh pelbagai pihak di TM.. 

Rezeki dari Allah untuk anak-anak yang tinggal dan belajar di Madrasah Hashimiah.


Selesai menikmati mee goreng, mereka makan donat pula.. kami dikhabarkan mereka membawa pelbagai jenis makanan termasuk kek coklat yang lazat... seorang staff yang tak dapat hadir sanggup membakarkan kek coklat untuk anak-anak itu.. Alhamdulillah...


Si comel yang memakai topi TM tu ialah anak Puan Zuraini Maskor, beliau amat sporting dan sempoi.. makan bersama dan lepak bersama abang-abang Rohingya ini..


Waktu kami ingin pulang, Puan Zuraini memaklumkan yang ibu saudaranya ada datang membawa baju untuk di berikan pada Madrasah.. inilah sumbangan beliau... berkotak-kotak baju yang masih elok ingin diberikan kepada anak-anak di Madrasah.


Disini kami ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih KEPADA SEMUA yang terlibat.. hampir saban hari kami menerima pelbagai mesej dan call dari mereka yang ingin memberikan bantuan.. dan setelah diberikan peta dan alamat hampir kesemuanya datang dan memberikan terus bantuan itu kepada anak - anak di Madrasah Hashimiah.

Dengan bantuan semua samada yang mewar-warkan kisah mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan melalui Group atau sebagai orang persaorangan, Jasa anda membantu sehingga anak-anak ini menerima bantuan sewajarnya tidak boleh dilupakan. 

Kami memohon agar kisah ini dipanjang-panjangkan.. 

Mereka memerlukan bantuan secara berterusan dan sehingga bila-bila kerana sentiasa akan ada kemasukkan anak-anak baru ke Madrasah Hashimiah dan sentiasa akan ada perbelanjaan tetap yang perlu dibayar. 

Kita hanya boleh cuba membantu namun dengan izin Allah rezeki mereka akan bertambah. 

Bagi yang ingin mengetahui kisah penuh tentang mereka, boleh klik pada link berikut



Terima Kasih Semua!

Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram