DIY : Idea untuk Jimatkan Wang dan Kitar Semula!

wetotla memang suka sangat kalau bab DIY dan Jimatkan wang ini.. 

jadi memandangkan kami terjumpa di dalam Google idea - idea menarik ini.. 

nak juga kongsikan pada semua.

Idea Jimat Wang dan Kitar Semula


Jadikan bekas menyimpan Compact Disk (CD) sebagai bekas sandwich yang menggunakan roti bagel atau apa jua roti yang boleh memuatkan kedalam saiz itu.


ini memang cara kami (hehe) gunakan hanger seluar ini sebagai pemegang buku resepi... memang berkesan dan sangat membantu!


Masukkan adunan lempeng, pancake atau roti jala kedalam botol sos plastik yang tak dipakai.. memang mudah.. tapi pastikan yang ianya sudah sebati dan tiada ketulan yang akan terlekat ketika memicit.. 


Ini memang bagus! kami gunakan roti lebanese atau roti nipis yang ada dijual di kebanyakkan Pasaraya Hypermarket.. bentukkan dan nanti isikan lauk didalamnya.. memang sedap dan unik rasanya!


Gunakan pelekat jenis ini.. (lupa namanya) boleh dapatkan di kedai menjual barangan perkahwinan seperti SayangYou dan tampalkan pada remote dan juga pada meja.. dah tak pening mana nak cari lagi dah...


Kalau bercuti, balik kampung.. memang bagus tau tip ini.. kita tak tahu apa akan berlaku.. tapi sekurang-kurangnya ada wang untuk kegunaan jika berlaku sesuatu yang tak diingini.


Ini memang dah bagus.. percaya atau tidak.. 19 jenis wayar yang berselirat dalam kotak toyogo dah menjadi kemas hasil idea ini. terbaik!


Ramai rasanya yang menggunakan kaedah ini.. tapi ada jugak yang terus buang bila menjadi kecil.. buat apa membazir.. kita kahwin kan mereka (hehe)


Bulan Puasa semakin hampir.. dalam waktu berbuka tu.. dari keluarkan banyak mangkuk untuk mengisi pelbagai kuih-muih yang di beli di Bazaar.. apakata kita gunakan ini.. sekali basuh jea.. 


Selamat Mencuba!






Jadi Rakan Kami
 

No comments:

Post a Comment

Instagram