JJCM : Bun Lembut Pasar Tani


via Instagram http://ift.tt/1taYLx7

Wetotla.. ini ialah bun roti paling lembut dan gebu yang pernah kami makan.. 

Diusahakan oleh pasangan suami isteri warga emas, produk yang dinamakan Roti Enakkk ini dijual di Pasar Tani sekitar kawasan Taman Melawati, Danau Kota, Batu Caves dan banyak lagi!

Kami dah jadi pelanggan tetap bun lazat ini hampir 6 tahun.. iaitu sejak pertama kali mencubanya.. 

Harganya sangat berpatutan, bagi 6 biji bun roti, harganya hanya rm5.50 sahaja.. sangat sedap tau!

Pada kami agak susah nak rasa bun roti selembut nie.. selalunya err..  senang cerita kurang menepati.. cepat keras, terlalu padat dan banyak lagi yang buat kami tak boleh la nak kasi rating A.. namun berbeza betul dengan yang ini.. 

Cubalah yea kalau ke Pasar Tani.. 

Berikut adalah kawasan yang mana anda boleh dapatkan Roti Enakkk ini... (diambil dari blog mereka)

SETIAP HARI
R&R RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULOH (10 AM - 10PM)  
ISNIN
PASAR MALAM SRI GOMBAK (4 PM - 10 PM)  
SELASA
PASAR TANI PRESINT 2, PUTRAJAYA (12 PM -10PM)
AG CHAMBERS, PUTRAJAYA (10 AM - 6PM)  
RABU
PASAR TANI TAMAN BATU MUDA (4 PM - 10 PM)
PASAR MALAM TAMAN SAMUDERA (4 PM - 10 PM)  
KHAMIS
PASAR TANI KAMPUNG PANDAN (4 PM - 10 PM)  
JUMAAT
PASAR TANI PRESINT 2, PUTRAJAYA (12 PM -10PM)
AG CHAMBERS, PUTRAJAYA (10 AM - 6PM)  
SABTU
PASAR TANI SETIAWANGSA (7 AM - 12 PM) PASAR MALAM TAMAN MELAWATI (4 PM - 10 PM)  
AHAD
PASAR TANI DANAU KOTA (7 AM - 12 PM)
PASAR MALAM TTDI (4 PM - 10 PM)
A photo posted by bestmuslimbun (@rotienakkk) on
*Pendapat kami yang terbaik ialah bun bilis.. inti penuh.. sambal bilisnya mengancam... ini juga kegemaran papa tot..



No comments:

Post a Comment

Instagram