Jalan - Jalan : Halfest 2014


Sejak diperkenalkan kepada kami Halfest ini, wetotla akan cuba untuk berkunjung ke sini setiap tahun ianya diadakan.. bukan apa selain menambah ilmu tentang perniagaan, pemasaran dan banyak lagi, dapat juga mengetahui jenama-jenama produk buatan Malaysia yang Halal dan mencubanya pada harga Promosi.

Halfest berlangsung selama lima (5) hari dari 3 hingga 7 September 2014 di Mines Convention Center, Halfest ialah singkatan dari Halal Fiesta. Benar, ianya umpama Pesta Barangan Halal yang mana kita sebagai pengunjung pasti teruja, kerana selain kenyang dapat mencuba pelbagai sampel, barangan dan jenama yang selalu dibeli juga boleh di dapatkan pada harga murah. Elok buat stok ye tak? 

Tahun ini Halfest menggabungkan 600 usahawan di Malaysia jadi anda dapat bayangkan betapa besarnya pameran ini.. dah seperti biasa orang ramai akan membanjiri pameran ini. 



Ini serba sedikit jenama dan gerai yang sempat kami ambil gambar.. maklumlah sibuk mendapatkan info tentang produk yang berada disini.. dan sibuk mengumpul Flyers!



Ramina

Warisan Nismilan
Rendang ini ada kisahnya.. kami ada menonton Majalah 3 beberapa minggu sebelum tentang kisah Rendang Kuala Kangsar yang sedap tu.. jadi bila nampak sahaja gerai ini terus kami datang, walhal tiada pelanggan lain disitu.. kami terus minta beli rendang 1 bekas.. harganya RM12, ikut gram tapi makcik nie letak jea terus RM12.. maka kami pun ok jea.. 

sambil mintak tambah lemang, dan ketupat palas, ada bertanya ini ke rendang yang masuk TV3 aritu.. kata makcik nie tak lah.. tapi kami nie kire sedara la.. 

time tu dah macam...... alamak.. bukan yang tu..

bukan yang tu...


tapi...

bila sampai dirumah dan panaskan rendang tu.. bila menikmatinya... Masya Allah.. SEDAP sangat!!!

Alhamdulillah dapat juga merasa rendang kuala kangsar.. Rendang Tok yang superb.. 

di banner tu ada mengatakan yang mereka juga berada di R&R Plus Gunung Semanggol.. jadi bolehla sesiapa yang kebetulan ke sana mencubanya... 


Hazleen

Hazleen

Ini gerai yang paling penuh.. sangat penuh.. kebetulan sahaja kami dapat ambil gambar.. tapi ini bukan jenama Malaysia rasanya.. tapi still menarik.. sehinggakan kami tertarik untuk berhenti dan ambil gambar.. 



Ibu mama ToT ada berpesan mintak belikan cheese buatan orang Islam di situ.. (kes tengok promo di TV.. hehehe) maka bila terjumpa dengan TJA Cheese nie teruslah excited dan  ingat nak beli macam- macam jenis cheese yang ditawarkannya, malangnya banyak yang sold out.. (apapun bagus tu :D ) maka kami beli Mozzarella Cheese sahaja.. 

ada bertanya kalau nanti nak repeat beli di mana nanti.. katanya produk mereka ada di kesemua rangkaian Az-zain. Macam tu senanglah sebab ada rangkaian kedainya berdekatan dengan rumah kami.


Ini pula produk kecantikan elhajj set kecantikan Halal yang terkenal dikalangan jemaah haji kerana selalunya produk ini di bekalkan kepada jemaah melalui tabung haji. 

ada beli promo pek trial yang berharga RM27.50 pada harga RM10 sahaja. dan brader nie akan minta kita LIKE FB page mereka.. bila dah LIKE dapat hadiah kipas tu.. Terima kasih sebab Mama ToT dapat satu.. 

Mama ToT dah guna sejak beli Alhamdulillah kulit semakin halus.. jerawat-jerawat halus dah hilang.. ini testimoni ikhlas yea.. rasanya produk die tiada langsung pewarna, pewangi.. natural.. jadi kesannya sangat cepat.. maka lepas nie Insya Allah nak beli produk ini sahaja.. 

Kalau nak dapatkan, produk ini ada dijual di Aeon Big, dibahagian produk kecantikan. 

cubalah dulu.. kalau sesuai bolehla kita tukar kepada produk yang tak banyak bahan kimia.. 



Damas Sweets

Damas Sweets


Siapa biasa makan ini.. Biskut Azan.. 

Ini feberet Ayahnda.. dulu kalau balik kampung Bapak di Negeri Sembilan.. tak sah kalau tak cari Biskut ini di kedai - kedai runcit sekitar laluan.. 

bila dapat memang borong habis!

Sekarang dah maju perniagaan mereka dan dah ada bermacam perisa.. Papa ToT kata yang perisa Garlic tu meletups kebabom sedapnya.. 

yang ini di semua Rangkaian Mydin ada.. 


Dan yang terakhir.. Kopi Hang Tuah!

sedap sangat.. memang kegemaran kami.. jadi bila sampai di sini dan ada pula promosi.. sampai boronglah kami kopi.. habis penuh stroller anak dengan beg kopi ini.. 

dapat la stok untuk 2bulan rasanye.. 

Hmm...

 perasan tak betapa coolnya Hang Tuah kita.. 


Next year kalau ada lagi.. datang lah yea.. mana tau rezeki kami pula buka gerai ChocoToT disitu..

 Insya Allah.. Doakan kami yea..


No comments:

Post a Comment

Instagram