JJCM : Ayam Masywi.. ayam panggang yang sangat lazat!

Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design

Bagi mereka yang tinggal di area Greenwood, Gombak, mesti tahu tentang menu lazat Ayam Masywi nie kan.. kalau tak silap kami, sudah berbelas tahun pakcik yang menjual Ayam Masywi tu meniaga di kawasan situ.. 

Ayam Masywi ni, terus terang kami katakan memang sedapp sangat! kalau anda dah rasa sekali, pasti nak rasa berkali-kali.. rempah yang digunakan untuk memerap ayam itu sangatlah unik... jadi rasanya sangat sangat lazat tau.. 

Kalau diGreenwood, mereka beroperasi dari rumah, mereka menjual di depan rumah sahaja, tapi kalau di area Giant Batu Caves, selalunya ada sebuah lori ala Food Truck akan berada di persimpangan depan showroom Perodua yang mana sederet dengan Rumah Bekam.


photo credit: http://shahnons.blogspot.com

Dulu, sewaktu kami tinggal di Apartment Fiona di Taman Samudera. memang wajib seminggu sekali beli.. maklumlah hari - hari lalu depan food truck mereka..

Bila dah beli, samada nikmati begitu sahaja.. ala Kenny Roasters, atau perkena dengan nasi, dan kadangkala buat sandwich..

Harganya RM15 sekor dan kalau beli kat Greenwood boleh beli nasi arab sekali.. untuk dimakan dengan ayam tu.


Ayam Maswyi nie ala Ayamas, Kenny Roasters ataupun Nando's.. tapi dari segi kualiti pembakaran ayam tu, agak juicy sedikit daging dari resepi mereka ini.. yang nyata tak rasa kering seperti kebanyakkan ayam golek...

namun ayam nie dilumurkan rempah ratus tau, cuma tak pedas, budak kecil pun boleh makan..



bagi yang berminat nak mencuba.. 

kalau nak senang beli dari lori die.. di area Giant Batu Caves, 

bila sampai sane, cari Perodua Showroom.. selalunyer mereka akan parking depan tu.. disini ala-ala drive thru... tiada tempat untuk duduk makan.. cume bole bungkus.. 

dan kalau dah di area Greenwood, anda masuk jalan yang menghala ke Taman Melewar, guna jalan yang lalu padang Taman Gombak Ria tu, nanti tengoklah rumah belah kanan.. ade diletakkan banner Ayam Masywi depan rumah.. 

Selain makan sendiri.. kalau buat makan - makan memang mudahla kalau ada menu macam nie.. 

teringat pula pada kawan kami membuat majlis kenduri kahwinya dan masak sendiri.. beliau order ayam golek dari pasaraya dan masak sahaja lauk pauk lain.. tak perlu catering.. dapat jugak mereka serve lebih kurang 700 orang yang datang.. kreatif dan beliau dapat jimatkan banyak kos.

Tel : 019-2445900
GPS Food Truck : 3.233026, 101.694659
GPS Premis : 3.228563, 101.702869


No comments:

Post a Comment

Instagram