JJCM : The Cabin Taman Melawati

Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design

Kali ini kami ingin berkongsi tentang restoran yang agak unik konsepnya, iaitu The Cabin yang berlokasi di Taman Melawati. 

Kalau anda kesini, anda akan faham kenapa kami kata tempat ini unik.. yea, restoran ini sangat lain dari yang lain, ala Diner gitu.. restoran ini mule beroperasi pada Januari 2012.. 

Restoran mereka ini senang juga nak cari, kami masuk dari arah Sakura Kristal Taman Melati, sambil melalui gerai Mustafa Jones sambil menghala ke arah kawasan futsal dan paintball.. terus jumpe.. sebab design restorannya berbentuk kabin 2 tingkat tu menjadikan mudah untuk mencari.. memang nampak sangat la dari jauh.. jadi, siapa- siapa nak carik restoran ini, rasanya tak susah punye.. 


Menu yang disajikan di sini adalah seperti di kebanyakkan restoran yang menyajikan makanan ala western,  tapi menu yang hot dan meletup mereka ialah homemade grilled burger.. satu - satunya menu yang menjadi tarikan pengunjung yang datang..  


Tempat menyediakan makanan ada dibahagian bawah.. dan ruang makan anda boleh pilih samada dibahagian bawah ataupun tingkat atas kabin. 

kitchen mereka yang menggunakan open concept.. cantik kan?



Sebuah kebetulan, waktu kami datang makan disitu.. Krew JJCM - Jalan Jalan Cari Makan tengah shooting..



 ini menu yang kami order.. homemade beef burger - boleh tahan rasanya.. 


dan ini menu kedua.. Spaghetti Carbonara.. wajib order untuk budak-budak nie...


menu ketiga.. Rosty Sausage


Pada pendapat kami, rasa makanan mereka bole tahan.. harga pun oklah....

Cume keadaan di situ agak gelap terutama dibahagian bawah.. jadi anda pilihlah untuk makan dibahagian atas.. agak terang..

itu sahaja... jadi bagi yang berminat nak mencuba.. info seperti dibawah...



The Cabins

Lokasi : Jalan Bandar 11, Taman Melawati (Pejabat Ahli Parlimen Gombak)
Landmarks: Belakang Calypso, Malaysian Institue of Art (MIA, dan Sakura Kristal
Wkatu operasi : selasa - ahad | 5ptg - 2pagi
GPS : 3.210504, 101.747868

No comments:

Post a Comment

Instagram