Resepi : Ayam Percik

Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jom kita buat Ayam percik versi Pantai Timur.

Ikut resepi asal, kena gune seekor ayam.. tapi kami guna 1/2 ekor jer.. maklumlah, tak ramai kat umah nie, hinggakan ayam yang kami gunakan tu pun, sampai puas kami mengulang makan... 

Ayam hanya dibakar kat dalam oven jer.. maklmumlah tak de tempat nak membakar atas dapur tu.. tapi kalo nak lagi sedap, bakar kat atas dapur guna grill pan sampai nampak kesan kesan grilled tu.. 

Bagi kuahnya pulak.. disebabkan bila dibuat mengikut resepi, hasilnya banyak, jadi, kami frozenkan sahaja separuh dari hasilnya.. jadi bila terasa nak makan lagi.. hanya perlu bakar ayam sahaja dan boleh cairkan kuah tu dan campurkan terus.






1 ekor ayam - di potong 8
400 ml santan
1/2 cawan tepung gandum (bancuh dahulu)
1/2 sudu pes asam jawa
1 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar

1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
2cm halia
2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 batang serai






mula - mula kisarkan semua bahan kisar sehingga hancur dan perapkan ayam dengan bahan kisar tu..

kemudian, masukkan santan, air tepung, asam jawa, cili giling kedalam kuali dan masak sehingga mendidih, 

selepas itu, masukkan ayam yang telah di perap tadi.. masakkan ayam hingga setengah masak, (bila kuah mula nak mendidih) 

kemudian, tambahkan garam dan gula secukup rasa...

lepas itu, keluarkan ayam sahaja dahulu,  dan letak atas tray oven, dan bakar lebih kurang 1/2 jam atau sehingga kuah menjadi kering.. 

kuah yang masih didalam kuali tu di masak lagi hingga pekat.. pastikan kuah sentiasa dikacau... jangan tinggal.

bila ayam dah masak, curahkan kuah keatas ayam tadi dan gaulkan.. 

hidangkan, sebaiknya dimakan dengan nasi panas..

selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment

Instagram