Anakku : Selamat Harijadi Nurdini Iman!


Nurdini sudah berumur 3 tahun!

Wetotla seperti biasa mesti celebrate harijadi kami anak beranak sahaja..

Nurdini pula, pada harijadinya yang kali ini, nampak sungguh sungguh happy.. sampaikan kami pun asyik ketawa tengok betapa seronoknya dia dengan keletah kegembiraan melampau...

Untuk tahun ini katanya nak kek frozen tapi nak warna pink, jadi mama & papa belikan dia kek warna pink dan belilah patung Elsa and The Gang dikedai bakery supplies untuk diletakkan atas kek.

Kami belikan juga karakter yang abang suka.. Spiderman dan anak - anak Mr. Incredible sebab nak kasi sama-sama happy.



Waktu nak ambil gambar nie.. beria dia menyanyi macam - macam lagu.. sampai ada lagu yang kami tak pernah dengar (reka sendiri macam yang kami pernah upload di Instagram), sebabnya terlalu gembira agaknya... 

Berbeza pula dengan abang yang sekarang dah camera shy jadi waktu bergambar nak tak nak je la expression muka dia.. itu pun dah kena paksa baru dapat duduk atas kerusi.. kalau tak nak menyorok bawah meja.



Tengok tu betapa seronoknya dia.. Mama & Papa doakan semoga Dini sentiasa happy dalam life nie... dan happykan orang sekeliling.. 



Sempat berwefie dengan papanya... amboi 


Itu sajalah cerita harijadi Nurdini.. walaupun disambut hanya kami - kami sahaja.. tapi semuanya happy.. 

Ini video yang kami pada siangnya.. manja seharian budak nie..


A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on


Terima kasih atuk kasi set anak patung, Paksu dan Maksunya pula kasi hadiah Elsa.. dan abang pun dapat set Lego....






Wetotla nak belikan basikal untuknya.. sebab Nurdini dah boleh naik basikal macam abang dah.. penat tengok die mengayuh basikal lama bila kami ke taman.. (hehe)

tapi masih tak berkesempatan pergi beli lagi.. mungkin hujung minggu ini.. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment

Instagram