Resepi : Daging Masak Kicap Baked Beans.


Ada yang pernah cuba resepi ini, atau pun pernah makan dimana-mana? 

Untuk mama tot, kali pertama rasa waktu di rumah mertua. 

Ibu mertua yang pandai masak resepi ini, dan memang sedap sangat waktu mencuba tu. Rupanya resepi ini ialah kegemaran papa tot semenjak kecil. Jadi sejak diperkenalkan, resepi nie jadi wajib sekurang-kurangnya sebulan sekali dibuat, samada dengan ayam atau daging. 

Nak buat nie senang sangat, cuma ikut sahaja resepi masak kicap tu, dan akhir sekali tambahkan baked beans yang didalam tin tu. 

Bila makan tu akan terasa lebih kenyang dari biasa, jadi selalunya kalau ada lauk ini, mama tot hanya tambahkan sayur sahaja. 

Jadi jom kita cuba yea.. kalau kena gaya, anak-anak mesti suka.








Daging lembu atau suku ekor ayam - di potong kecil / seekor di potong 12 dan diambil dalam 5 ketul.
2 biji bawang putih – di mayang
1 labu bawang besar – di hiris tebal
1/2 inci halia – dimayang
secawan kecil kicap manis (kami suka Cap Kipas Udang)
4 sudu besar sos tiram
1 biji cili hidup – dihiris
1/2 batang lobak - dipotong semi-bulat
1 tin baked beans saiz kecil.
1 cawan air







Bersihkan daging / ayam dan perapkan dengan kicap dan sos tiram,

Sementara itu, tumiskan semua bahan kecuali cili hidup dan 1/4 dari bawang besar,

Tumiskan sehingga naik bau, dan masukkan daging / ayam, kacau sehingga sebati dan sehingga daging / ayam empuk.

Bila daging / ayam sudah kelihatan empuk, masukkan hirisan cili hidup, lobak, dan hirisan bawang besar beserta 1 tin baked beans.

Biarkan reneh sehingga bawang layu, jangan kacau sangat supaya baked beans tidak hancur.

Hidangkan.




No comments:

Post a Comment

Instagram