5 Tips pelbagai untuk memudahkan menyimpan bahan memasak yang baru kami tahu.

1. Supaya Pisang tahan lama

Balut dengan plastik pada bahagian pangkal pisang, dan sebaiknya, pisahkan setiap satu, ini kerana plastik itu akan menghalang gas yang dipanggil ethylene dari dikeluarkan dari pangkalnya dan menyebabkan pisang cepat masak.


2. Supaya kentang tak lebam.

Simpan kentang yang sudah dibuang kulit ataupun sudah didadu kedalam mangkuk berisi air untuk mengelakkan lebam kerana proses oxidize.

via: http://www.thesimplehomemaker.com/

3. Magic-kan pisang supaya masak cepat.

Yang tadi kita nak lambat masak kan, tapi yang ini berbeza. Mana tahu terbeli yang masih hijau, ataupun ada orang kasi dari kampung, (biasa tu kan) jadi untuk menjadikkannya cepat masak, cuba letak didalam paper bag, dan tutup, ini kerana bila ditutup gas ethylene yang dirembeskan itu hanya bertumpu didalam beg itu dan mempercepatkan proses masak ranum.


4. Gula Perang supaya tidak cepat keras.

Untuk mengelakkan gula perang dari mudah menjadi keras, ketika menyimpan, masukkan sekeping kulit limau yang ataupun sepotong epal kedalam bekas kedap udara. Tapi kalau gula perang sudah berketul - ketul dan agak susah untuk anda pecahkan, apakata anda cuba masukkan kedalam microwave dan letakkan segelas air disebelahnya, wap basah dari air itu akan membantu melembutkan gula perang itu sekaligus mudah untuk menjadi peroi semula.

5. Shower Cap

Kalau anda jenis yang rajin berjalan, bila menginap dihotel mesti dapat shower cap kan? dan pastinya tak tahula nak buat apa dengannya, dan selalunya ianya disimpan didalam bilik kita ataupun didalam tandas. 

Kali ini kita ubah lokasi dengan meletakkannya di dapur pula, kenapa yea?

Sebabnya kalau setakat satu bekas makanan sahaja yang tak habis, dan mahu disimpan tanpa menggunakan tudung saji, anda boleh gunakan shower cap ini sebagai penutupnya, namun lihatlah saiznya pula nanti yea, supaya bersesuaian. Lebih baik, ianya boleh digunakan berulangkali!


Nanti kita sambung lagi yea.. 

No comments:

Post a Comment

Instagram