Jalan - Jalan : Percutian ke Bandung, Indonesia. #8

Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design


Hari Ketiga... (sambungan #7)

Factory Outlet  (FO)


Pagi kami dihidangkan dengan sarapan menarik dan sedap dari Flores Gallery Hotel. Satu je la kalau nak makanan yang ala buffet tak dapatlah kalau menginap disini. Sini umpama anda ke Budget Hotel, segalanya simple, harganya pun murah, jadi kalau nak rasa makanan sedap anda boleh mula berjalan disekitar hotel untuk mencuba. 



Selesai bersarapan kami mulakan perjalanan ke Factory Outlet (FO), disebab kan kedudukan hotel kami amat dekat dengan tempat shopping, maka kami berjalan kaki sahaja, khidmat Supir pun tidak kami gunakan untuk hari ketiga ini. Semuanya sendiri sahaja. 

Kami melalui pelbagai restoran menarik sepanjang jalan ke FO. Tak sabarnya nak mencuba malam nanti.



Ini pula gerai makan, disini samada gerai makan atau kedai runcit kecil2kan yang dibina sendiri amat banyak dan jenis comel macam nie kadang kala lokasinya bebetul didepan rumah banglo 3 tingkat! kira dasat jugak sebab kalau kat tempat kita nie rasanya tak lepas kot nak pacak dimana-mana lagi-lagi depan rumah jutawan! (Hehe)


Jalan punya jalan, akhirnya kami pun sampai ke FO pertama kami iaitu Cascade.


Cascade ini bersambung dengan Heritage.. Heritage quite famouslah.. tapi sebenarnya Cascade lagi best... bangunan nyer nampak macam kelas giler kan.. ertikata sebenar ianya nampak mahal dan kelas kann..  tapi sebenarnya antara semua FO dikawasan sini, boleh dikatakan barangan disini yang paling murah!



Baju kanak-kanak kat Cascade nie memang tersangatlah murah.. senang cerita, kami dapat sepasang baju untuk anak bujang yang dijual di FO lain dalam RM30 sepasang, disini hanya RM11.90.. dasatkan..

Berikut adalah antara jenama-jenama yang di jual di Cascade... sebenarnyer banyak lagi... Jenama yang mungkin kita tak kenal, tapi baju-bajunya sangat cantik dan berkualiti.



Gerbang Masuk FO Heritage yang bersambung dengan Cascade.






Kami hanya sempat berjalan 2 tempat ini sahaja apabila mak cakap beliau dah letih, maklumlah mak tak biasa berjalan jauh kan. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel dahulu hantarkan mak.

Dalam perjalanan pulang melalui jalan sama pagi tadi, dah kelihatan banyak peniaga-peniaga jalanan muncul untuk menjual sebab rupa-rupanya lokasi hotel kami dekat dengan sekolah dan pejabat askar, seperti di MINDEF, jadi ini rezeki kamilah untuk mencuba makanan tempatan dengan lebih banyak pilihan. 

Soto Ayam Lamongan..





Gerai makanan macam nie di Bandung kebanyakkannya sangat bersih. Memang kami perasan yang Bandung ini boleh dikatakan bersih dari bandar lain. 

Kami berhenti di Gerai yang menjual Soto ini tapi agak terkejut bila tahu.. di sini ruapanya mereka makan Soto ngan nasi biasa.. ataupun dengan keropok.. keropok yang bersaiz gergasi dan tebal. 

Menariknya!


Di sebelah Gerai Soto Lamungan ni, ada pula Gerai Sate.. 

Menunya ada daging kambing dan sapi (lembu) 

Jadi, kami pun order sebanya 10 cucuk kambing dan 10 cucuk sapi.. 

Si penjual ada bertanye, nak nasi tak? kami pun jawab lah

"iyaaa... pak"

Tapi, rupa-rupanyer nasi tu ialah nasi biasa sahaja.. hahaha.. kerana sini takde nasi himpit.. jadi banyak jugaklah nasi kosong yang kami bawak pulang waktu tu ke hotel.



Pada pendapat kamilah, kalo dari segi keenakan sate.. kami masih memilih sate Malaysia.. sane kureng sket ikut selera.. tapi ini seriously ikut tekak memasing kan.. bagi kami biasa - biasa jer..

atau mungkin juga cara kami makan itu salah, sebab sate nie sebenarnyer dijadikan lauk, ianya memang untuk dimakan dengan nasi.. kire lunch nyer menu.. 2 batang sate ngan sepinggan nasi putih..


Kata Ibu kesayangan, sate yang dibuat ini macam sate zaman dulu dulu.. letak lemak kat bawah kepingan daging, sebab skang nie rasenyer takde dah.. jarang jumpe kot sate di Malaysia nie yang ade lemak seketul camtu dibahagian bawah sate.




Selesai membeli.. dalam meneruskan perjalanan pulang, ternampak pulak gerai nie.. (hehe) mesti cubaa...



Beliau menjual Lumpiah Basah.. nama yang agak pelik dan tak biasa dengar.. jadi seperti biasalah kalo pelik, mesti kene try.. jadi kami orderlah dua set.




Boleh di katakan yang Lumpia nie lebih kurang macam Popia... 

cuma beza nya.. intinya di goreng dahulu... 

cara - cara penyediaannya berdasarkan pemerhatian kami, 

1. mula - mula sapukan sos pada kulit popia.. 

2. goreng tauge + sengkuang (yang mana telah direbus dengan kicap selama 2jam) + telur 

3. tuangkan bahan yang digoreng ke atas atas kulit popia tadi dan bungkus secomelnya...
Anda tengoklah betapa tak berkiranya mereka berniaga.. tak hinggat banyak inti diletakkan kedalam kulit popia tu, dan harganya dalam RM1++ jea.. 

Ini close-up nya.. apa pendapat anda?



Akhirnya acara shopping makanan pun selesai, dan kami terus ke hotel.. 

Saat sampai sahaja di hotel dan bila melihatkan kami membawa banyak plastik berisi makanan, tanpa ditanya, terus sahaja staff di hotel bertanyakan samada kami inginkan pinggan dan kelengkapan untuk makan.. 

Superb kan??

kalau dihotel lain bising kot bawa makanan luar.. (hehehe)

Kami memilih untuk menikmati makanan tengah hari di ruang makan hotel ini.. sebabnya kat sini  kan sejuk.. walaupun tengah hari.. jadi memang best la menikmati makanan dengan gembira.. 

inilah rupa Soto Ayam Lamungan setelah dimasukkan kedalam mangkuk... 



Alhamdulillah.. pergghh memang tak hinggat sedap! 




selain mencampurkan dengan nasi, satu lagi cara untuk menikmati soto ayam cara Bandung ini ialah makan dengan keropok udang 

memang sedapp dap dap! 

dan.. 

selepas makan kami solat dulu untuk keluar semula meredah berbelas FO yang sedia menunggu kami.. tunggu yea...

Lihat sambungan Percutian ke Bandung, Indonesia. #9

No comments:

Post a Comment

Instagram