Jalan - Jalan : Percutian ke Bandung, Indonesia. #11

Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design

Hari Terakhir... (sambungan #10)

Brownies Kartika Sari

Yeay hari ini kami akan pulangggg!



Seperti biasa, sarapan pagi kami pasti akan dihidangkan seawal pukul 6.30 pagi. sebab sini dah cerah..

dan menu hari ini ialah Lontong Bandung..

seperti biasa memang kena puji sarapan yang di hidangkan sebab ianya terlalu sedap..

Lontong paling MANTAP kami pernah makan, sampaikan terasa nak tinggal lagi sini sebulan dua semata-mata nak belajar cara nak buat Lontong Bandung nie.. (hehehe)



Pagi ini kami pilih untuk breakfast di luar bilik sambil melihat anak bujang kami Iman bermain dengan gembira di Taman yang indah lagi comel nie..








Sebenarnya kami sudah berjanji dengan Ndang, supir kami yang akan datang mengambil dan membawak kami ke Airport Bandung.

Kami bercadang nak membeli ole-ole dalam perjalanan ke airport itu nanti. Seperti sedia maklum, katanya tak lengkap kalau ke Bandung tak bawak balik Brownies dari sini.

Teringat pernah bertanya pada seorang kawan yang pernah ke sana, tanya mana yang paling sedap, katanya cuba sahaja beli semua jenama untuk dapatkan rasa yang serasi dengan kami.


Selesai check-out dari Flores Gallery Hotel, kami terus keluar mencari Brownies, namun kali ini yang menghantar kami bukanlah Ndang, supir lain.. Supir nie agak pendiam, bila ditanya tentang kedai mana yang sedap atau mana yang jadi pilihan orang tempatan, katanya tak tahu.. (hehe)

Jadi beliau terus membawa sahaja kami ke Bangunan Kartika Sari, tempat ini memang gah tau!


Tempat sebesar ini menjual hanya kek, dan pelbagai manisan sahaja. Tapi ID dah macam dalam butik ternama.

Malangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar didalam ini. jadi bergambar diluar sahajalah.


Dalam bercadang nak memborong brownies disini, kami terasa mahal pulak harganya brownies di Kartika Sari nie..

Dah la belum rasa lagi.. karang borong dalam 10 unit takut menyesal.. jadi kami beli la satu sahaja jer.. iaitu perisa Ketan Keju

kemudian kami minta supir bawa kami ke sebuah lagi Kedai Brownies iaitu Amanda.



Kedainya cantik juga.. nampak lebih grand dari Kartika Sari,

Di sini harganya agak murah sikit... jadi dapat la kami beli banyak, kira borong la kot..

untuk semua kaum kerabat & jiran tetangga kami..


Disini, mereka staff mereka agak friendly berbanding di Kartika Sari tadi, dan mereka kasi pulak kami amik gamba dalam nie.. jadi dapatlah ambil gambar untuk kenang-kenangan.

Comelkan presentation Cholatku nie...



Selain kek, brownies dan pelbagai manisan lain, kuih muih pun dijual untuk breakfast

bayangkan macam kuih koci, lepat pisang, donat, dan sebagainya dalam display macam nie.. perggh.. kelass ko jah!



Selesai membeli untuk semua orang yang kami ingat, maka kami pun bertolak terus ke airport.

Ketika on the way ke Airport Bandung, kami lalu dikawasan sekolah rendah dan kami ternampak pula gerai menjual makan bertulis 'Molen', kami diberitahu supir yang Molen itu bermaksud bungkus..

Seperti biasa kami kan suka mencuba makanan tempatan, jadi kami beli sedikit untuk di cuba dan sebagai bekalan sepanjang perjalanan..




Setelah dicuba, wow.. rasanya memang sedap!



Kulitnya rasa seperti kepingan pastri yang bila digigit ada terasa butter ataupun majerin didalam tu, dan dalam setiap molen itu ada inti samada pisang, pulut itam, nenas..

Alamak, kami menyesal pulak beli sedikit sahaja.. (hehe)

Harga sebiji molen nie hanya Rp.2000 satu.. iaitu lebih kurang 60sen sebiji..

Mungkin next time datang boleh beli lagi.

Selesai membeli, kami terus sahaja ke Airport..




Penerbangan kami yang dijadualkan berlepas tepat pada waktunya, iaitu pada pukul 12.30 tengah hari.





Alhamdulillah, penerbangan yang lancar dan kami sampai awal pula dari waktu yang dijadualkan iaitu 2.45 petang, sepatutnya 3.00 ptg.

Penat, seronok, dan macam - macam perasaan lagi ada.

Insya Allah kalau ada rezeki, kami nak datang lagi.. mungkin beberapa tahun lagi ke.. dan mungkin keadaan tempatnya itu dah berubah banyak.

Tentang brownies, pada kami Kartika Sari memang terbaik, mahalnya bersebab, mungkin pada penggunaan bahan-bahan yang amat berkualiti.

Terima kasih kerana membaca catatan perjalanan kami, Insya Allah kami ingin kongsikan lagi supaya boleh dijadikan panduan pada yang ingin kesana.


No comments:

Post a Comment

Instagram