Jalan - Jalan : Percutian ke Bandung, Indonesia. #2

Repost dari Tot Bake Design

Hari Pertama...



Dari Airport Bandung Husein Sastranegara ke Hotel Karmila

Kami sampai di Airport lebih kurang pada pukul 8.10malam, menjalani segala proses, bila selesai semuanya, dalam pukul 8.45malam kami keluar dari sini.


Bila memasuki sahaja dibahagian bandar waktu dalam perjalanan ke hotel, kami minta pak Ndang berenti di mana-mana gerai untuk kami mencuba makanan tempatan.


Menu pertama yang kami cuba ialah Martabak Manis.



Memang kami plan untuk mencuba pelbagai makanan tempatan di Bandung ini.. sebabnya, setiap tempat yang kita lawati mesti ade makanan istimewa mereka, terutama yang kita tak pernah jumpa..

maka, kami berhenti disebuah kedai tempatan ini.. namanya CANADA.. kelas namanya kan.....

mereka die ade jual Martabak Asin dan Martabak Manis.. kami pun beli la setiap satu..



Kedai nie kirenya sangat terkenal untuk penduduk tempatan.. lihat sahajalah pada pekerja mereka, selain ramai, pakai uniform tu..

Lupe lak nak cerita, sebelum berenti ade tanye kat pak Ndang.. sini halal kan.. katanya kat Bandung 98% adalah orang Islam.. jadi takde masalah kalau kita nak makan.. samela mcm kita disini Malaysia kan, walau pun org bukan Islam ramai.. tapi makanan kita rata-ratanya halal kecuali memang kedai yang declared NON-HALAL 

Di sebelah kedai Martabak ada menjual Baso Tahu.. kami pun nak cubalah.. beli sikit sahaja..





Selepas selesai 'membeli-belah' disini, kami mintak singgah ke gerai mencari makanan yang macam nasi goreng ke ape.. Ndang bawa kami sini...



Dan beli semuanya.. kami pun pergilah check-in di Hotel Karmila harga bilik Rp.340,000 (RM113). Hotel yang staffnya tak friendly langsung dan untuk harga bilik tak setimpal rasanya... bilik sangat kecil macam tak terjaga.. esok pastinya nak check in tempat lain.. nasib baik tak bayar terus untuk beberapa hari disini.

Sampainya dibilik, usai solat.. kami mulalah nak makan.. 

Jom kita tengok ape yang kite beli!

Martabak Asin, lebih kurang murtabak ayam daging kita, cuma mereka letak telur dan sayur sahaja.. tapi rasanya.. Masya Allah sedap sangat!




Yang ini pula, Martabak manis, sebijik macam apam balik kita.. rasa butter berkualiti tau.. tak pernah rasa apam balik sesedap nie! dapat rasakan ingredients nya mencukupi atau terlebih-lebih.. mereka memang tak kedekut betul berniaga.

Ade 3 perasa ditawarkan dalam satu kotak.. untung kan.. sekali beli macam-macam dapat rasa.. butter wysman + keju, coklat + kacang dan telur + susu.. rasanya woo meletup-letup kebabommm sangat... terutama yang butter wysman + keju tu.. nampak tak yang kaler kuning tu.. 

Dengan bau wangi dari butter tu, dan rasanya yang tak manis sangat.. memang terkesima waktu menikmatinya... sampaikan ada hati nak tapau nanti bile balik...nak bagi suku sakat rasa.. tinggi sungguh impian kami...



Baso Tahu, (lihat gambar atas tadi) rupenyer lebih kurang Dim Sum atau Wantan.. cume kulitnya lembut sebab ianya di kukus... kuahnya macam yong tau foo.. 

dan rasanyer.. pergghhhhh... sedap bangat~ rugi tak beli banyak.. 

Ayam Semar Pendawa.. mungkin bukan ikut selera kami.. rasanya macam terkejut hahaha.. nasi, ayam dan sayur.. ayamnya takde sup ke ape.. kering.. tapi kalo anda seorang yang menjaga diet.. ini memang meal terbaik.. patut la orang kat sini slim-slim sahaja.. 

yang jadi penyelamat.. nampak cam kuah tu.. kuah dari Baso Tahu.. barulah rasa ala-ala lauk kita nie...

tapi kedai ini memang tak kedekut.. dengar sahaja orang Malaysia.. dapat satu plastik daun salad.. katanya buat ulam.. baik betul mereka.



Anak bujang malam tu susah pulak nak tidur.. bak kata orang.. berubah tempat agaknya.. jadi agak letih kami menjaganya nak tunggu tido.. dah la letih travel tadi.. 

Esok plan kami nak ke Tangkuban Perahu, apepun sebelum tu kena pegi cari Hotel lain dulu!

No comments:

Post a Comment

Instagram