Jalan - Jalan : Percutian ke Bandung, Indonesia. #4

Kami dalam proses mengasingkan resepi dari TotBakeDesign ke Wetotla. Ini bagi memudahkan pencarian iaitu blog Totcupcakes dikhususkan hanya untuk resepi dan tips bagi kek, cupcakes dan segala jenis manisan, manakala Wetotla akan menghidangkan resepi lauk pauk dan resepi selain manisan.
Repost dari Tot Bake Design

Hari kedua... (sambungan #3)

Gunung Tangkuban Perahu


Alhamdulillah selepas kami dah dapat bilik hotel yang bagus, terus kami ke Gunung Tangkuban Perahu..

Ini antara tempat yang wajib anda datang.. sebabnya ini ialah Gunung Berapi yang tidak aktif.. kat Malaysia manalah ada kan.. jadi ini peluang kita nak merasai macam mana keadaanya di kawasan Gunung Berapi..

Bayaran masuk ke sini hanya Rp.50,000 sorang.. jadi jumlah keseluruhan ialah Rp.150,000 iaitu bersamaan RM50, oklah kan.. kami masuk dan terus menuju ke puncak..

sampai sahaja diatas kelihatan ramai sangat pengunjung dan juga peniaga.


yang lucunya mase naik kat sini tadi ade bau mcm kentut... serius memang baunya macam ada orang lepaskan sesuatu didalam kereta (hehe) sebenarnya itu bau sulfur dari kawasan kawah gunung berapi ini... bila dah sampai atas nie.. lagi kuatlah baunya.. tapi sebab terkesima dengan pemandangan hasil ciptaan Allah ini.. lupa dah pasal bau tu...

Yang seperti gerai - gerai kecil tu, ialah tempat menjual barangan cenderamata dan juga bagi yang ingin merasai pengalaman mandi lumpur kawasan gunung berapi.




kat atas nie sangat sejuk.. macam kat Genting.. best!

Mase kami tiba kat atas tangkuban perahu tuh, hujan gerimis......dah ler cuaca sejuk. Seronok betul.. cuma kami tak dapat nak lama.. sebab terus terang agak rimas dengan peniaga-peniaga yang bertanyakan kami bertalu-talu samada ingin membeli barangan mereka.. 

Tapi apapun kami tetap salute semangat meniaga mereka.. bayangkan mereka naik.. mesti menapak kan.. bayangkan betapa jauhnya.. dan sampai diatas terpaksa bersaing dengan ramai lagi peniaga.. wajarlah mahal barang jualan mereka.. sebenarnya kalau mahal.. pun tak la mahal sampai sekali ganda.. cuma sedikit sahaja.

Insya Allah kalau ada kesempatan kami kesana lagi.. pasti kami akan beli dari kalian.. cuma waktu itu disebabkan kami dah diberitahu oleh Ndang, jadi kami agak reluctant untuk membeli.

Kami tak lepak lama disini sebab hujan gerimis dan kami risaukan anak bujang.. takut demam nanti.. 

Maka, kami pun ajak Ndang pergi ke Pasar Baru baru ala Siti Khadijah itu.

Lihat sambungan Percutian ke Bandung, Indonesia. #5

No comments:

Post a Comment

Instagram