Cerita Ceriti : Jom Singgah @ TV3

Wetotla nak share pengalaman kami di jemput oleh sebuah rancangan TV3 iaitu Jom Singgah untuk membuat demo sambil mempromosikan produk ChocoToT pada minggu lepas iaitu pada hari Rabu 18 Februari 2014.

Berbeza dengan sebelumnya, kali ini kami datang mempromosikan produk ini bersama - sama.

Kali terakhir Mama ToT keudara pada siaran langsung seperti ini ialah di rancangan Wanita Hari Ini hampir 4 tahun lepas.. dan masih teringat waktu itu, bagaimana berasa gugup untuk berbicara namun amat seronok bila ditemubual berkenaan kisah perniagaan melalui internet yang mana waktu itu kami sedang giat menjalankan perniagaan Tot Bake Design.


Jadi sewaktu menerima sekali lagi jemputan dari produser rancangan Jom Singgah iaitu dari Cik Puan Lina Nekmat untuk hadir ke rancangan ini melalui email, perasaan yang sama datang lagi.. tapi apapun memang seronok sangat rasanya, sebabnya tak ramai yang tahu tentang ChocoToT lagi.. Jadi kami berasa bersyukur sangat kepadaNya atas peluang ini.

Cuma kali ini kami datang as a Team, jadi jurucakap kami semestinya Papa Tot.

A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on


Alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar, keudara selama 5 minit.. jadi tak sempat nak gugup kan.. excited lagi ada la..

Juga, dapat peluang kami bertemu muka dengan Pengasas V'asia iaitu DATO’ DR AZRIL MOHD RADZI yang sangat down to earth dan pengacara sensasi Ifa Raziah yang sangat sporting dan peramah. 

Pendek kata pengalaman kami kali ini sangat manisss.. dan, sempat juga kami bergambar bersama-sama.
Bagi yang tak tahu apakah rancangan Jom Singgah ini, ada kami share disini rakaman pada hari itu.

Silakan menonton yea.. kalau ada yang berminat bolehla tengok - tengok di website kami nanti.






Satu jenama yang masih lagi dalam proses untuk dikenali oleh peminat coklat. Asalnya ialah satu projek yang kami jalankan atas sebab minat mendalam terhadap seni menghias dan ingin membawakan coklat halal dari timur tengah secara terus... apapun, minat ini sedang membuahkan hasil.. 

Alhamdulillah. 







No comments:

Post a Comment

Instagram