Resepi : Sausage Spaghetti Spirals dari Taste of Home



Resepi ini ialah resepi yang kami google sebab nak masak Spiral Pasta! 

Biasanya buat versi sejuk.. ala yang macam salad tu.. dan budak - budak di rumah nie dah tak berapa nak makan pulak.

Setelah di google tu, nampak menarik pula bila ditengokkan gambarnya..

Jadi teruja nak mencuba.

Bila di baca, resepinya pula tersangatlah mudah!

Resepi ini diambil dari Taste of Home dan dengan sedikit penambahan dan penukaran, maka jadilah versi kami yang budak - budak nie suka sangat.. 




450 gram sosej (kami gantikan dengan chicken meatloaf)
1 biji lada benggala hijau, dipotong dadu (kami tak letak)

5 cawan Spiral Pasta, direbus dan ditoskan

1 jar sos Spaghetti (kami gunakan jenama Kimball)

1 pek mozzarella (diparut)

Kami tambah:

3 sudu besar Olive Oil 

2 sudu besar Butter

3 keping cheddar cheese



Panaskan ketuhar pada suhu 180'C

Kemudian, panaskan Olive Oil didalam kuali dan gorengkan chicken meatloaf sehingga garing.

Selepas itu, masukkan spiral pasta beserta sos spagehetti kedalam kuali dan gaul kesemua sehingga bercampur, masukkan butter dan cheddar cheese dan masakkan sehingga cair dan bercampur semuanya.

Tuangkan kedalam bekas untuk dibakar, dan taburkan mozzarella cheese diatasnya.

Bakar selama 30 minit atau sehingga cheese bertukar menjadi gelap. 

Dalam kes kami, disebabkan masak untuk budak - budak nie kami tak masak lama sehingga cheese menjadi gelap sebab nanti dah jadi susah pulak nak makan padahal warnanya sahaja yang bertukar (huhu).

Maka inilah hasil dari kami.



Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Instagram