5 Tips pelbagai untuk memudahkan penyimpanan bahan memasak yang baru kami tahu ~ sambungan.

Jom kita sambung dari entry yang lepas.. ada 5 kan.. kali ini kita teruskan 5 lagi berkongsi tips yang memudahkan penyimpanan bahan memasak..

6. Ubi keledek tahan lama.

Simpan ditempat yang sejuk, kering dan gelap, ubi keledek akan tahan lama. Tak perlu dimasukkan kedalam peti sejuk.


7. Plastic Wrap di dalam Freezer!

Bila nak simpan lebihan makanan, selalunya kita mesti nak gunakan plastic wrap untuk cover dibahagian atas bekas, cara ini menjimatkan penggunaan bahan buangan dari memasukkan keseluruhan makanan didalam plastik dan nanti dibuang bila makanan dipanaskan semula. Namun untuk mengambil plastic wrap ini tidaklah semudah yang disangka bila ianya melekat ke sesamanya.. lagi - lagi jika jari kita ini jenis yang kering. 

Jadi jom tengok klip dari CHOW ini tentang cara paling mudah dan efisen untuk menggunakan plastic wrap.


8. Susah nak buka balang kaca?

Kadang tu ada sesetengah balang kaca sangatlah susah dibuka.. terutamanya yang jenis kedap tu.. 

ada dua cara untuk membukanya.. 

pertama : ketuk / hantukkan bahagian atas balang itu ke lantai atau tempat keras, (jangan kuat sangat yea) dan cuba buka;

kedua : letakkan getah di sekelilingnya dan cuba pusingkan untuk membuka seperti didalam video ini.


9. Telur dah busuk ke?

Bila memasak menggunakan banyak kuantiti telur, amatlah perlu kita menitikberatkan kualiti telur, dan telur ini berkonsepkan surprise! bila dah dipecahkan barulah tahu masih elok atau tidak. 

Tips bagi mengenalpasti telur samada masih elok atau tidak bolehlah di lihat dengan meletakkannya didalam air, kalau tenggelam = bagus, kalau terapung, dah lama.. dan mungkin sudah rosak, jadi dengan mengetahuinya boleh diasingkan dahulu yang tenggelam dan terapung, memudahkan proses penyimpanan.

via www.littlefarminthebigcity.com

10. Daun salad segar dalam mangkuk.

Daun salad amatlah mudah untuk rosak, terutamanya bila kita dah carik- carikkanya.. ada tips menarik untuk menyimpan seperti dalam gambar. Gunakan paper towel dengan meletakkannya diatas plastic wrap. Ianya akan menjadikan daun salad tahan lama diluar peti sehingga satu minggu lamanya!

via destinationmuscle.com

Nanti kita share lagi tips pasal bahan masakan ini yea.. seronok pula bila jumpa idea - idea menarik macam nie.. memudahkan lagi kita nak memasak.. betul tak?

No comments:

Post a Comment

Instagram