Anakku : Aktiviti Melukis Menggunakan Kapas Dengan Penyepit Kuih!


Wetotla merancang aktiviti ini untuk perkembangan kemahiran motor halus yang digabungkan dengan konsep playbasedlearning yang mana kami ingin mempelajari tentang sistem solar, dan lebih seronok ianya merangkumi aktiviti pendidikan seni juga.

Waktu ini adiknya sedang tidur, jadi mama ambil peluang untuk ajar abang tetang sistem solar sebab semalam ada kami menonton video di YouTube berkenaan ini. 

Mula - mula kami susunkan warna - warna itu mengikut kedudukan sistem solar diatas kertas, yang ini mama tot terlupa nak ambil gambar bila dah siap.


Bila abang dan faham lebih lanjut maka masa untuk kita berseronok!



Mama yang gariskan dahulu, dan abang lukis semula bulatan yang mewakili kedudukan planet - planet di dalam sistem suria.


Kali ini kami tak warnakan menggunakan berus seperti biasa, buat lain sedikit hasil dari melihatkan aktiviti - aktiviti yang selalu dikongsikan yang menggunakan penyepit. Cuma mama tot gunakan kapas yang bergumpal itu untuk dijadikan berus mewarna.


Mula - mula nampak agak susah abang nak buat, beria - ia dia mencuba untuk mengepit sambil mewarna, lama kelamaan jadi cepat dan mudah nak mewarnakan kesemuanya.


Kami ada Minix media player jadi mama bukakan gambarajah tu pada TV terus untuk abang jadikan reference.


Dalam itu, adiknya sudah terbangun, memang cerialah anak dara nak ikut buat sama. Mama keluarkan buku mewarna dora dan beliau pun mula mewarna.


Hepi betul dua beradik tu, yang adik kerjanya nak campurkan air jea dalam warna tu, tak tahu warna apa yang beliau ingin dapatkan tu. 


Abang buat dengan penuh kesabaran, cuma anak bujang nie sangatlah detail orangnya, sebolehnya nak achieve sebijik macam dalam gambarajah asal tu. Puas mama yakinkan itu dah cukup terbaik dah tu, asalkan kita faham planet apa beserta warnanya.


Lukisan adik, good job sayang!


Aktiviti ini berlangsung selama berjam - jam, waktu mereka sudah tu, papanya dah balik dan mereka sambung dengan papa-nya pulak.

Memanglah bila selesai semuanya pastinya kena mop dan bersihkan meja dan kawasan sekitar. Tapi mengenangkan betapa seronoknya mereka, Tiada masalah untuk kami buat lagi aktiviti ini berulangkali.

A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on


No comments:

Post a Comment

Instagram