Jalan - Jalan : Genting Highland lagi!



Genting buat lagi promosi murah untuk bilik standard semurah RM50!

Kami pun tak mahu lepaskan peluang untuk bawak budak - budak nie ke Taman Tema ini. Walaupun kawasan outdoor masih lagi dalam proses pengubahsuaian, tapi di bahagian Indoor masih lagi best!

Untuk kali ini promosinya termasuk harga murah ke pameran Ripley's Belive it or Not. Jadi terasa sangat berbaloi trip kami kali ini.

Sambil berjalan ini, untuk anak - anak kami ianya juga proses belajar serba sedikit tentang alam sekeliling, tentang kedudukan Taman Tema Genting di puncak bukit, tentang kabus, tentang kenapa diatas itu sejuk dan banyak lagi! Semuanya berdasarkan soalan mereka kepada kami.. kami galakkan pertanyaan mereka dan cuba jawab sebaik mungkin..

Pendek kata kami memang seronok betul kali ini dapat kesana!


Kami naik pada hari Ahad, dan turun pada hari Isnin.. kalau Sabtu tak dapat harga tu, orang punyalah ramai pada hari kami naik, dah tak macam ke Genting, macam nak ke Town sahaja kereta bersimpang siur turun naik.
Kami bertembung dengan orang ramai checking out.. lepas kami check in, selesaikan solat semua, turun sahaja, orang dah tak ramai.. dapatlah budak - budak ini main satu permainan sampai 3-4 kali.. main sampai puas!

Pengalaman masuk ke pameran Ripley's ini yang paling kami suka.. banyak barang pamerannya ialah barang asal, bukan tiruan yea..

Bagus exposure pameran ini kepada anak - anak kami.. banyak yang mereka tak tahu ianya wujud pun.. atau mereka ingatkan macam cosplay.. yang mana ianya kostum dan lakonan semata - mata.


Ada juga persembahan dari street performer yang datang dari pelbagai negara membuat pelbagai aksi termasuklah silap mata. memang best!


A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on


Nak lihat berapa yang kami dapat save hasil dari promosi ini..

Standard Room Best Deal : RM344.00 RM50.00

First World Indoor + Ripleys Believe It or Not! :
Adult : RM20.00 RM17.00 x 2 = RM 34.00
Child : RM18.00 x 2 = RM 36.00

Jumlah yang kami bayar : RM120

Banyak juga kami dapat jimatkan.. dan yang lebih seronok.. promosi masih berjalan.. anda boleh ke website Genting sendiri, 

Promosi semurah ini hanyalah pada hotel First World sahaja yea.. yang lain kami tak check dan tak tahu.. mungkin ada promosi juga tapi tak pasti jika dapat pada harga RM50 juga.

Apapun selamat mencuba dan mungkin boleh bawa anak - anak kesana pada cuti sekolah minggu depan nanti.

No comments:

Post a Comment

Instagram