Resepi : Ikan Bakar dengan Air Asam




Wetotla mesti ramai yang suka makan Ikan Bakar kan.. lagi - lagi bila ikan tu dicicah dengan kuah air asam yang menepati selera kita.. tapi, kalau rasaya tak kena.. erk.. memang potong abis!        

Betul tau, nak buat air asam nie pun kena ada seninya.. kalau tak memang tak puas bila mencicah tu.. ini ialah pesanan dari ibu tercinta ketika mengajar anaknya berpuluh tahun lepas bilamana anaknya itu membuat air asam takde Ummpph!

Cara kami menikmatinya dirumah, air asam nie umpama gulai dah.. amik sampai lenjun, memang puas makan!

Cuma satu je la.. air asam nie tak boleh nak simpan sampai ke malam.. saya tak tahu resepi orang lain, tapi yang ini tak tahan sangat..

Kena nikmati ketika fresh.. lepas beberapa jam memang akan berbau sedikit..

mungkin hasil gabungan kesemua bahan - bahan dalam tu kan..



Baiklah.. sambil kecur air liur sedang menaip nie, mari kita tengok macam mana caranya nak buat sampai juling kesukaan bila menikmatinya...



Bahan Kisar

6 biji cili padi
4 biji cili merah 
2 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan 1/2 cawan air masak)
1 inci belacan bakar
1 sudu kecil garam 
3 sudu kecil gula 

Bahan Potong
1 labu bawang besar-didadu
1 batang cili merah / padi - hiris halus
1 biji tomato-didadu 
1 sudu kecil perahan air limau nipis.




Mula - mula, masukkan bahan - bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk.

Kemudian, masukkan buah tomato dan bawang besar yang telah didadukan itu. 

Akhir sekali perahkan asam limau nipis dan kacau hingga sebati, kalau pekat, tambahkan air. 

Hidangkan.




No comments:

Post a Comment

Instagram