TUTORIAL : (DIY) LOYANG KEK BERPUSING


Wetotla sejak dah bersara dari menjual kek, cupcakes di Tot Bake Design, walaupun dah dijual sebahagian barangan, tapi masih ada lagi yang disimpan, dan amat jarang digunakan. Hanya sekali sekala sahaja buat kek untuk anak - anak.

Kebetulan pula dijadikan cerita terfikir nak buat begini sebabnya barang - barang papa tot nie terletak dibahagian atas shelf dan cepat berhabuk dibahagian bawahnya, letih nak mengelap sebab terpaksa turunkan satu demi satu untuk membersihkan.

Kebetulan pula kami pernah ke satu kedai yang menjual barangan hiasan rumah dan pernah kami ternampak idea ini, iaitu dua bekas ditindankan dan letakkan guli ataupun apa sahaja bebola yang mana akan menjadikannya bergerak.

Jadi teringat idea tu dan terus kami ke Mr. Diy cari guli. Lebih seronok harga guli tu baru RM1.90.. dapat banyak pulak tu.. seeloknya pakai 3 biji sahaja.. tapi saja kami letak semuanya, nanti boleh jea keluarkan bila nak pakai.

Selebihnya gunakan barangan yang sedia ada. Kos rendah dan sangat mudah la sekarang nie.. semuanya setempat dan boleh pula berpusing, jadi lebih mudah nak diambil.

Boleh jea kalau nak cat, tampalkan hiasan atau cat dengan glitter, ikut kreativiti anda!

Tutorial boleh tengok dibawah yea..



,

No comments:

Post a Comment

Instagram