Anakku : Aktiviti Bermain Sambil Mengenal Huruf A - Z.


Anak kedua kami amat sukakan aktiviti ini, kadangkala hampir setiap hari beliau akan ambil sendiri folder yang berisi set latihan ini dari rak buku dan membuatnya. Padanya mungkin umpama satu permainan yang menyeronokkan dan pada kita ini ialah antara cara terbaik untuk kita mengajar mereka.

Kertas latihan itu ialah dari buku latihan abang yang lepas - lepas yang mana mama tot koyakkan dan letakkan setiap helaian didalam plastik wallets yang bersaiz A4.

A4 plastic wallets

Dengan menggunakan whiteboard marker sebagai pen bagi aktiviti ini, ianya amat mudah untuk di lap semula, mereka boleh buat latihan berulang kali, sedar tak sedar mereka dah mula mengenali huruf dari A hinggalah Z tanpa perlu kita memaksa mereka!

Bila ada yang beliau tak tahu, dengan senang mama tot akan beritahu, sebab konsepnya disini, mereka bukan ingin di uji tapi di ajar, bila dah berbelas ataupun berpuluh kali dibuat berulang kali, masakan mereka tidak kenal, namun kalau masih tak kenal pun, tidak menjadi masalah buat kita, lama - lama kenal lah nanti kesemua huruf tu.

Kalau anda nak cuba konsep sama ini pada sikecil boleh cuba download free printables dari www.worksheetfun.com ini.

 


Yang ini akan membolehkan sikecil mengenali yang mana huruf kecil dan besar.


No comments:

Post a Comment

Instagram