Dekorasi : Cabinet Kaca Makeover



Wetotla kan minat sangat pada projek makeover, DIY dan apa sahaja bentuk yang boleh dikitar semula, dan sebenarnya ada banyak projek yang kami dah buat selama ini, sejak kami menjejakkan kami ke rumah sendiri, cuma tak dikongsikan lagi, termasuklah entry hari ini, namun kami akan cuba juga share sebanyak mana yang boleh. 

Cerita tentang cabinet ini, kami ambil dari rumah mertua, kebetulan ibu mertua nak buat almari built-in yang baru, jadi kami minta untuk mengambil almari ini dari dibuang.

Memang almari ini sudah lama umurnya dan nampak sudah kesan penuaannya.. (haha) sebab ianya diletakkan dibahagian luar rumah, jadi ada terkopek sana sini, tapi, dibahagian dalamnya sangat cantik lagi.. dan kukuh.. sebab seperti kita maklum, produk pada zaman dahulu banyak yang berkualiti, lagi - lagi yang dibeli pada tahun 70 - 80an, jika dimaintain dengan baik, memang susah nak rosak. Ibu mertua saya pula memang pandai menjaga barangan di rumah, selalu sahaja dilap, kemaskan supaya berada dalam keadaan baik.

Jadi kami pun bawalah pulang almari ini, dan mulakan projek makeover supaya ianya boleh disesuaikan dengan tema rumah kami dan nampak seperti baru.

Kami memilih untuk mengecat dengan warna coklat gelap, dang menggunakan cat minyak. Sebabnya cat itu agak murah dan warnanya sesuai dengan perabot lain dirumah kami yang rata - rata bewarna coklat gelap. 

Jadi, kami mulakan dengan menggosok permukaan menggunakan kertas pasir. gosok sehingga hilang lapisan licinnya, supaya mudah untuk dicatkan nanti.


Ini ialah ketika baru mula menggosok.. masih nampak berkilat.


Sehinggalah ke pudar sebegini, proses ini agak lama juga.


Ini ialah kertas pasir yang kami gunakan.


Dan bila sudah habis digosokkan semuanya, anda boleh repair ataupun buang mana - mana bahagian yang sudah terkopek supaya proses mengecat akan jadi lebih mudah dan cantik.


Selesai mengecat, inilah hasilnya. 

Kami cat 2 kali untuk mendapatkan kemasan menyeluruh dan sekaligus menghabiskan cat yang ada.


Sesudah kering cat itu, yang kami biarkan sehari semalam di beranda supaya cat benar - benar kering dan baunya kurang sedikit, maka kami masukkan ke dalam bilik. 


Ini dibahagian permukaan, tidak berapa cantik lagi seperti baru, tapi untuk hasil makeover barangan lama sebegini.. sudah cukup puas hati bagi kami.


Jadi mungkin lepas ini kita bolehla selalu membuat lawatan ke kedai secondhand, ataupun kalau ada saudara mara nak letgo barangan, mungkin boleh consider beli dan makeover mengikut kreativiti anda. 

Jangan lupa tengok lagi beberapa projek dekorasi kami terdahulu yang mungkin boleh memberi inspirasi pada anda 

No comments:

Post a Comment

Instagram