Jalan - Jalan : Planetarium Negara


Wetotla pertama kali datang ke Planetarium Negara ini.

Jadinya, ini ialah pengalaman baru untuk kami, manakala untuk untuk anak - anak kami pula, umpama pengalaman baru yang super-awesome buat mereka, sampaikan tak mahu balik ke rumah! 

Pertama kali terjadi bila mereka pergi ke sesuatu tempat sampai tak mahu balik, selalunya kalau ke shopping mall pun mereka yang merengek nak balik, penat la itulah inilah..

Namun kali ini NO.. memang kecewa betul nampaknya mereka saat kami melangkah keluar dari tempat ini.

Memang tak puas kalau datang sekejap sahaja ke sini. Jadi setelah melihatkan betapa sedihnya mereka waktu kami balik itu, kami pun buat keputusan yang tempat ini yang akan jadi lawatan tetap kami setiap bulan, Insya Allah.

Ceritanya kami ingin ke sini ialah pada malam sebelumnya, Mama Tot terlihat tentang program Yuri's Night ini di wall Facebook dan kebetulan juga kami baru sahaja mula mengajar abang tentang sistem solar, yang mana kami sampai melukis dan membuat serba sedikit latihan berkenaan ini, jadi pastinya lawatan kali ini sangat membantu dalam pebelajaran abang nanti.


Atas persetujuan Papa Tot, walaupun tak sihat benar hari tu, beliau gigihkan juga nak bawa, maka kami pun pergilah ke sana. 

Dalam perjalanan itu ada kami ceritakan pada anak - anak yang kita akan pergi belajar lebih lanjut tentang solar sistem, nanti akan ada banyak lagi cerita dan info lanjut tentang angkasa lepas.. agak seronok mereka waktu itu.



Kami bertolak dalam pukul 11.30 tengah hari dan sampai dalam 12 lebih camtu, waktu ke kaunter tiket, katanya hari ini percuma kerana ulangtahun Yuri Gagarin itu.. Alhamdulillah.. namun kalau t rate tiket pun dalam RM6 sahaja.. masih lagi dikira murah untuk pelbagai ilmu yang boleh kita serap disitu.







A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Masuk sahaja kedalam tu, lihatlah betapa seronoknya mereka.. sebab banyak info tentang angkasa lepas diterangkan dalam bentuk sangat mudah dan mereka boleh cuba dan lihat sendiri result dari hasil eksperimen yang dilakukan. Contohnya sebelum ini bila menerangkan tentang graviti di kesemua planet di dalam sistem solar, ianya mungkin tak sehebat mengetahui berat sendiri di kesemua planet lain.


Juga tentang kenapa bulan berubah bentuk seperti ada bentuk crescent, ataupun full moon semuanya dah diterangkan dalam mesin ini.. mereka belajar sambil ketawa, seronok tengok kerana mereka faham sambil bermain.

A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Yang paling mereka seronok (agaknya inilah penyebab mereka takmo balik tuu) ialah bilik anti graviti. Bila mereka sudah bermain disini, akan terasa mudahnya bila nak terangkan tentang konsep graviti nanti.. bagaimana badan terumbang ambing bila tiada graviti.. memang bestlah!


Banyak juga info tentang sejarah angkasa lepas, tentang manusia pertama yang ke angkasa lepas, yang pertama menjejakkan kaki ke bulan, dan yang terpaling best, ialah detailed info tentang setiap planet didalam solar sistem beserta bahan eksperimen dan permainan interaktif, yang ini memang terbaik.

A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
Ada tayangan animasi berkenaan sistem solar pada pukul 2 petang, yang ini memang best! dengan bilik tayangan yang sungguh futuristic, dan umpama wayang 3d waktu kami menontonnya. 

Tayangkan ini juga menerangkan secara terperinci mengenai setiap planet. Sampaikan balik tu abang dah boleh hafal setiap planet mengikut kedudukannya dari matahari. Cuma planet apa dan bagaimana keadaannya yang perlu kami belajar lagi. 

Tayangkan ini memang akan menarik minat kanak - kanak mengetahui tentang angkasa lepas dan untuk ibu bapa, kita akan turut akan belajar juga, belajar banyak sebenarnya. 

Kami tak dapat nak lama disitu disebabkan dah mula berasa lapar, kafe disitu agak comel dan umpama kedai stationery disekolah sahaja.. (hehe) jadi kami pun keluar dan bercadang untuk datang lagi.. dan lagi.. dan lagi.

Untuk para ibu bapa.. kami rakemen untuk anda bawa anak anda kesini, banyak lagi sebenarnya yang boleh mereka belajar selain dari yang kami nyatakan ini, tentang konsep cahaya boleh dibengkokkan, bagaimana terjadinya pelangi dan banyak lagi!

Insya Allah jika kami kesana lagi akan kami teruskan berkongsi segala apa yang kami dapat.

Sedikit cerita dalam perjalan kami pulang ke rumah..




No comments:

Post a Comment

Instagram