Anakku : Pendidikan Seks dan Isu Pedofilia.

via : ParentConnect
Wetotla amat terkesan dengan isu terbaru berkenaan Pedophile atau Paedophilia yang kita tahu ianya suatu penyakit menakutkan dihidapi oleh seseorang dewasa yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak - kanak kecil.

Seram kan..

Disana sini ramai yang bercerita dan mula berkongsi tentang isu ini.. dari bagaimana mengenali spesis mereka ini sehinggalah ke apa yang perlu kita ajarkan kepada anak - anak supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada golongan Pedofilia ini.

Dalam mencari info berkaitan, kami belajar bahawa anak - anak harus diajarkan tentang pendidikan seks ini seawal umur mereka pandai membaca dan menulis bagi mengelakkan dari menjadi mangsa.

Jangan salah faham tentang perkataan pendidikan seks ini. Ini merujuk kepada pengetahuan yang anak - anak kita harus tau, seperti mengenali alat sulit mereka dan mengetahui zon - zon yang boleh atau tidak boleh disentuh oleh orang selain ibu mereka. Seperti Zon selesa dan Zon tidak selesa dibahagian badan kita.

Mohon tonton video dibawah ini, Komal The Girl Child, dan kalau boleh pertontonkan kepada anak - anak sekali. Ini ialah hasil inisiatif Childline India Foundation dalam membantu kita memberi info kepada anak - anak berkaitan golongan Pedophile ini.

Video ini akan mengajar mereka tentang bahayanya orang selain ibu menyentuh dibahagian badan mereka dan apa yang perlu dilakukan jika ianya telah terjadi.



Selain Kisah Si Komal, anda juga boleh mempertontonkan Kisah Si Geni dan Kisah Si Aksa dari Unicef Indonesia

Kisah Si Geni

Kisah Si Aksa

Dalam mengajarkan kepada anak - anak tentang Pendidikan Seks, lebih tepat jika kita melihat video ini, ianya merangkumi apa yang betul atau salah yang telah kita ajarkan selama ini dan bagaimana untuk membantu anak memahami tentang jantina mereka.


Lagi video tentang Pendidikan Seks namun yang ini khusus kepada kanak - kanak berumur 5 - 7 tahun.

Juga kami ingin kongsikan artikel menarik tentang isu ini yang telah kami baca samada dari blog ataupun Facebook.

Mohon klik pada link ini untuk membaca.




Jika ada artikel menarik berkenaan isu Pedophile ini yang anda tahu dan ingin kongsikan bersama, mohon letakkan diruangan komen dan kami akan masukkan ke dalam post ini.

Kita perkayakan sebanyak mungkin info dan tips berkenaan semoga ianya dapat membantu para ibu bapa dalam mengajarkan sikecil tentang Pendidikan Seks ini.



No comments:

Post a Comment

Instagram