Dekorasi : (DIY) Jaring Pokok untuk Garden Balcony.


Wetotla dah mulakan projek Garden Balcony kami lebih dari 3 tahun rasanya, dan semakin hari semakin banyak dan menghijau tumbuh - tumbuhan di balkoni kami. 

Hampir 80% pokok - pokok yang ditanam ini ialah pemberian dari saudara - mara. Ada dari pokok hiasan seperti money plant hinggalah pokok kari, oregano dan banyak lagi!


Kami amat seronok dengan projek menanam ataupun kebun bandar nie.. suka duka dari kami langsung tak reti apa nak buat, pokok yang ditanam asyik kuning dan mati hinggalah kesemuanya kini bewarna hijau gelap mekar dan bercambah. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya kami. Ini semua hasil dari nasihat dan tips - tips dari saudara mara yang datang bertandang.

Dalam banyak - banyak pokok yang kami ada, money plant yang paling banyak tumbuhnya.. semakin panjang dan mula melekat di dinding. Maka datanglah pula idea kami untuk berikan ruangnya sendiri untuk melingkar.

Memandangkan satu bahagian di balkoni kami ini mengadap kearah rumah jiran, yang mana mereka boleh nampak terus ke dalam ruang dalam rumah kami, maka kami ingin letakkan pelindung dari menampakkan terus kedalam rumah dan sekaligus penuhkan kawasan itu dengan lingkaran money plant. 

Untuk memagar, kami gunakan Galvanised Steel Mesh yang berukuran 2 x 2 mengikut sebanyak  mana panel yang kami perlukan.. untuk membuatnya, anda hanya perlu ukur dan berikan ukuran yang diperlukan pada hardware dan mereka akan potong secukupnya.

Sementara untuk mengisi ruang lompong 2 x 2 itu, kami masukkan tali Jute (Jute Rope) yang sudah tertanggal dari panel divider rumah kami. Sebab kami ingin DIY sesuatu yang lain pula pada panel divider itu nanti.

Untuk melihat tutorial cara - cara kami membuatnya, anda boleh lihat dibawah.

1. Inilah panel divider kami yang sudah tertanggal tali jute-nya kerana sudah usang.




2. Mana yang sudah tertanggal itu dikumpulkan dan dimasukkan secara berselang - seli dari hujung ke hujung panel wire mesh.







3. Inilah ruang yang kami ingin tutupkan tu.. nampak rumah atas dari dalam rumah kami.




4. Drill lubang pada bahagian atas untuk memegang wire mesh itu nanti.



5. Kami gunakan steel band yang sudah kami kepitkan menjadi bentuk sebegini.



6. Sorongkan masuk pada panel wire mesh, kalau nak kukuh buat 3 atas dan hanya 1 di bawah.




7. Bila dah kukuh, bolehla masukkan money plant macam yang kami buat nie.





Dari semasa ke semasa jangan lupa untuk naikkan money plant ini sampailah atas, dan boleh selit turunkan bila dah terlalu lebat. Nanti kalau dah tertutup semuanya, pasti cantik.

Kos membuatnya ini tidaklah semahal menempah grill ataupun menempah kayu khas. Menggunakan Galvanized Steel Mesh ialah idea yang bagus sebab ianya tidak berkarat bila terkena hujan dan panas, dan tidak mereput ataupun memberikan serpihan yang kotor nanti. Tali Jute pula disebabkan sifatnya itu, lebih kerap terkena air, akan lebih cantik dan segar warnanya. berbanding dibiarkan kering didalam rumah. 

Akhir sekali, masa yang diperuntukkan untuk projek ini pun tak begitu lama, jadi anda mungkin boleh cuba buat sendiri untuk projek Raya tahun depan mungkin.

Selamat Mencuba!


1 comment:

Instagram