JJCM : Heaven's Park Fried Chicken, ayam ala KFC dari Timur Tengah!


Wetotla ingatkan Heaven's Park Fried Chicken nie ialah fast food terbaru dari negara barat macam Texas Chicken ataupun Popeyes Louisiana Kitchen tu, rupanya dari Saudi Arabia!

Kami teringin mencuba sebab asyik dok lalu sahaja depan restoran ini dan asyik makan KFC sahaja, maka teringinlah sesuatu yang lain sekali sekala. Waktu tu dah pukul 10.30 pagi, dan anak - anak kami baru pulang dari mengaji, maka kami pun terus sahaja pilih untuk makan di restoran ini.

Waktu masuk, kami lihat orang tak ramai langsung orang.. hanya ada pelanggan wanita berbangsa cina seramai 2 orang sedang makan.. 

bagi 1st impression kami, kami suka sebabnya restoran ini sangat bersih, staffnya peramah dan bau ayam yang menusuk hidung saat melangkah kedalam memang Ummph!



Maka kami pun order, kami lihat harganya agak berpatutan, macam fast food yang lain juga. Dan ada menawarkan ala Happy Meal untuk kanak - kanak, maka melompatlah anak - anak kami sibuk memilih apa yang dimakan sambil menginginkan mainan tu.


Harganya agak ok kan...


Walaupun tak ramai, agak lambat sedikit servisnya.. makanannya akan dihantar ke meja nanti, yang dapat terus ialah mainan lego tu sahaja.. seronok la abang dan adik yea..


yang kami order akhirnya sampai..

Kami order burger ala Zinger, dan ayam goreng, dan air kopi, untuk budak - budak dapat fresh orange.

Bila kami makan sahaja, terus sentap, serius sedap!

Lagi - lagi Zing burger mereka, sangat meletup! Memang tak berpaling lagi la rasanya bila dah makan kat sini. Ayam pun besar - besar.. puaslah kami makan.

Budak - budak nie dari makan ayam main - main selalunya, dapat habiskan ayam mereka dengan penuh bangga.. Cayalah!


Kesimpulannya, makanan disini sedap, dan selalu memberi promosi - promosi menarik dengan harga yang sangat murah.

Cuma nak kena tahu promosi apa yang berlangsung dan anda boleh beli untuk nikmati sekeluarga.

Portionnya memang besar, dan puas betul makan walaupun seketul.

Dan lebih kagum produk ini asalnya dari Negara Timur Tengah tapi mempunyai kualiti setanding negara asal Fried Chicken!


Baiklah bagi yang berminat nak mencuba, boleh lihat dibawah sekali.. sebelum itu kita layan video mereka untuk menambahkan rasa terliur itu.




Heaven's Park Fried Chicken

Website
Facebook

Alamat : Jalan Jernai 2, Medan Idaman, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : 03 - 40310725
Email : customercare@heavenspark.my
GPS : 3.212413, 101.711327


No comments:

Post a Comment

Instagram