Resepi : Kari Kepala Ikan



Wetotla kalau menikmati kari kepala ikan nie, boleh dikatakan bermusim, bila datang musim papa Tot teringin, memang selama seminggu tu mau 2-3 kali kami buat. Bila dah muak tu.. takde la dimasak kepala ikan ini lagi sampai berbulan - bulan, hinggalah musim teringin semula tu datang.

Kari memang lauk kesukaan dirumah ini selain masak lemak cili api, anak - anak pun suka.. cuma mereka tak tahan pedas, jadi kalau lauk tu mereka makan sama, memang tak pedas sangatlah jawabnya. 

Kira kalau makan bersama mereka, kari itu akan rasa ala kari Cina, lemak dan tak berapa nak rasa rempahnya. Manakala kalau untuk kami berdua makan, memang pedas sesangat, siap tambah cili kisar. 

Kepala ikan ini, kalau dibeli di pasaraya Mymydin berdekatan rumah kami, hargnya lebih kurang RM14-15 sahaja untuk saiz begini, selalunya kami beli Ikan Merah. Kata Papa Tot kalau mereka makan dengan geng ofisnya, mau RM40 cajnya untuk saiz begini. Jimat betul kan?

Di Mymydin kalau nak beli kepala ikan ini, kalau masih belum dipotong, kadangkala staff disitu tak mahu jualkan kepala ikan sahaja dulu, sebab nanti takut pelanggan lain kata ikan lama sebab tinggal badan sahaja, jadi selalunya kami beli pada waktu malam dekat - dekat nak tutup.

Sekali sekala buat sendiri macam nie memang berbaloi.. dan selalunya kalau kami buat memang akan ajak mak dan ayah tidur dirumah sekali.. baru puas makan bersama.






1 ketul kepala ikan merah, boleh juga di gantikan dengan ikan lain seperti Ikan Jenahak, 

2 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat 
atau 
1 pek santan perah segera 
atau 
2 kotak santan instant.

1 paket rempah gulai ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili atau 2 sudu besar cili kisar.
2 biji tomato di potong 4
7 batang bendi
garam dan gula secukup rasa

Bahan Potong Halus

1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
1 inci halia.
1/4 biji bawang besar

Bahan untuk di tumis
1 tangkai daun kari
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil halba campur
1 batang kulit kayu manis






Bancuh serbuk kari dan serbuk cili / cili kisar hingga menjadi pes yang pekat.

Panaskan minyak dalam periuk, mula menumis bahan potong halus bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.

Kemudian, masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan pula ikan, tutup dan biarkan selama beberapa minit di atas api sederhana.

Barulah masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Jika menggunakan santan perah dan instant, terus masukkan dan kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih.

Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.

Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Instagram